Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj
Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj Laungan Merdeka oleh Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj sebanyak 7 kali pada tanggal 31 Ogos 1957 di Stadium Merdeka pasti tidak dapat dilupakan dalam lipatan sejarah Malaysia. Laungan keramat itu menjadi tanda perjuangan negara dalam menuntut kemerdekaan setelah dijajah hampir 446 tahun oleh kuasa asing(Portugis, Belanda, dan juga British). Itulah menjadi tanda bahawa Malaysia sebuah negara merdeka yang berdaulat. Putera kepada Sultan Hamid Halim Shah dan Che Manjalara yang dilahirkan pada 8 Februari 1903 merupakan seorang yang peramah dan mudah mesra. Tidak pernah terlintas oleh ayahandanya yang pada suatu hari nanti, putera mereka akan menjadi pemimpin yang dikenali ramai dan insan terpenting dalam lipatan sejarah Malaysia. Meskipun berasal dari kalangan keluarga Diraja, Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj lebih selesa merendah diri dan mesra dengan panggilan Awang di kalangan rakan-rakan dan orang kampung yang mengenali beliau. ...