Ahad, 3 September 2017

TEMBOK PENAHAN









PENGENALAN KEPADA TEMBOK PENAHAN


Tembok penahan ialah satu benaan yang dibina untuk menyokong atau menahan tanah diripada runtuh. Menurut buku ( Tan B. T. 2000) ianya dibina secara menegak utuk menahan tanah supaya tidak runtuh.  Menurut ( JS Engineering Desing Ltd) pula tembok penahan ialah tembok yang dibina di batas lapisan tanah yang berbeza ketinggiannya dimana ketinggian tanah di satu belah adalah berbeza dengan ketinggian di sebelah yang lain dan menurut
( Hunt, R.E 1986) pula tembok penahan dibina untuk menyokong tanah atau struktur batu yang telah di potong atau dibelah.  

Kesimpulannya, tembok penahan dapat didefinisikan sebagai suatu struktur binaan sementara atau benaan kekal yang bertujuan untuk manahan tanah daripada runtuh.

Tembok penahan boleh dibahagikan kepada dua bahagian iaitu struktur tegar atau strutur bebas. Struktur tegar merupakan benaan yang kekal dan mankala struktur bebas pula dibina untuk tempoh masa yang tertentu dan bersifat sementara.

Contoh struktur tegar ialah:

NAMA
PENERANGAN
Tembok penahan graviti
Tembok penahan jenis ini sering digunakan. Fungsinya bergantung sepenuhnya pada berat sendiri tembok untuk menyokong tanah supaya berada dalam keadaan setabil. Terdapat beberapa jenis rekabentuk tembok penahan graviti, antaranya ialah tembok graviti muka condong dan tembok graviti belakang condong.
Tembok penagan separa graviti
Tembok penahan separa graviti dibina menggunakan konkrit bertetulang di bahagian dalam dan juga atas tembok. Tembok jenis ini mengabungkan besi tetulang di dalam konkrit untuk menentang tekanan tegangan yang dialami oleh tembok di samping mengurangkan isipadu konkrit yang diperlukan.
Tembok penahan julur
Tembok penahan julur juga dikenali sebagai dinding T. Ini kerana tembok ini seperti bentuk T- terbalik dengan asas tumit yang dalam atau (teoljali) yang besar. Tembok ini dibina menggunakan konkrit bertetulang. Tembok ini lebih kecil berbanding tembok penahan graviti. Ketinggian tembok boleh mencapai sehingga 6m. Ketinggian tembok penahan julur boleh juga ditingkatkan dengan menggunakan penegang atau segang (countforts). Tembok penahan jenis ini lebih dikenali sebagai tembok penahan sagang atau selangka.
Tembok penahan krib
Struktur tembok yang merupakan gabungan unit-unit kayu, besi atau konkrit pra-tuang disusun dan dahagian dalamnya diisikan dengan tanah peroi atau batu kelikir yang mudah alirkan air hujan. Tembok penaha ini hanya boleh mencapai ketinggian kurang daripada 6m. Kaedah pembinaan tembok penahan krib adalah mudan dan cepat.
Tembok penahan gabion
Tembok penahan gabion adalah terdiri daripada sangkar atau keranjang biasanya daripada kawat keluli atau jaring kimpalan dawai keluli yang diisi dengan batu dan disusun untuk dijadikan tembok penahan. Sifat kebolehresapan dan fleksibel yang ada pada tembok penahan jenis gabion ini membolehkan ia sesuai dijadikan struktur penahan.
Dinding gegendang (diaphragm wall)
Tembok jenis ini dibina daripada konkrit dengan cara cast insitu atau precast. Tembok ini digunakan sebagai dinding bawah tanah. Kos pemasangan tembok ini adalah tinggi dan tidak ekonomi kecuali ia boleh digabungkan dengan strutur pengemasan. Dinding gegendang ini adalah sesuai untuk pembinaan ruang “ basement”, tempat letak kereta bawah tanah dan struktur-struktur yang berkaitan dengan pembinaan tembok penahan
Tembok bata
Tembok bata terdiri daripada 2 jenis iaitu tembok galas beban dan tembok galas tanpa beban. Tembok galas beban bertujuan menanggung beban selain daripada beban berat sendiri tembok. Tembok galas tanpa beban pula adalah tidak menanggung sebarang beban lain selain berat sendiri tembok.
Tembok galas beban
Tembok tidak kurang satu bata. Pembinaannya memerlukan tetulang ataupun dipasangkan penegang atau sagang untuk menahan tekanan sisi.
Tembok galas tanpa beban
Tembok ini tidak melebihi satu bata. Tembok ini terdapat pada bangnan berangkan dijadikan sebagai tembok luar atau tembok sekatan. Terdapat 2 kaedah untuk membina tembok ini, iaitu tembok muka elok dan tembok dilepa.
Tembok muka elok
Pembinaan tembok penahan jenis ini menggunakan batu bata yang bermutu tinggi dan baik. Biasanya, tembok ini dibina dengan teliti dimana ikatan sambungan yang sama tebal dan mengikut kemasan ikatan yang tertentu. Permukaan tembok penahan jenis ini tidak dilepa kerana permukaannya memberikan nilai estetik tembok tersebut.
Tembok dilepa
Tembok ini menggunakan bata jenis kualiti sederhana. Ini adalah kerana tembok ini tidak berfungsi untuk menanggung beban tetapi hanya menanggung tekanan sisi sahaja. Pembinaan masih mengikut peraturan ikatan tertentu tetapi ikatan tidak dikawal dengan bergitu rapi. Ini adalah kerana tembok ini akan dilepa semasa peringkat akhir pembinaan. Permukaan tembok dilepa dengan 2 atau 3 lapisan.



Contoh struktur bebas ialah:


NAMA
PENERANGAN
Tembok penahan asas cerusuk terbenam (Embedded Retaining Wall)
Tembok penahan jenis ini merupakan sejenis tembok yang menggunakan asas cerucuk sebagai struktur penahan tanah. Terdapat banyak jenis tembok penahan asas cerucuk terbenam antaranya ialah cerucuk keping, cerucuk tergerek berterusan (contiguous bore pile), cerucuk keluli-H dan cerucuk terhentak (driven pile).


Tembok penahan mempunyai 2 jenis iaitu fungsi dan hiasan:

· Tembok penahan fungsi

Tembok ini dibina untuk menahan tanah daripada runtuh. Struktur tembok ini dibina dengan kukuh supaya dapat menahan beban yang dikenakan ke atasnya.

· Tembok penahan hiasan

Tembok penahan hiasan pula dibina hanya untuk mencantikkan lagi tempat atau sesebuah kawasan. Ianya juga boleh dijadikan sebagai tempat duduk dan tembok ini selalunya terdapat di tama.
Di dalam tajuk ini ( WTP 504 ) Tembok Penahan Hiasan membincangkan tentang

· Membina tembok penahan batu

· Membina tembok batu hiasan termasuk jenis Ashlar

· Membina tembok batu Gabion


TEMBOK PENAHAN BATU


Tembok penahan atau (Retaining Wall) ianya dibina untuk menahan tanah daripada runtuk. Tanah runtuh biasanya berlaku disebabkan adanya pengaliran air sama ada di atas tanah mahupun di dalam tanah.

Kandungan atau aliran air ini akan menyebabkan berlakunya hakisan kepada tanah sedikit demi sedikit dan boleh mengakibatkan berlakunya tanah runtuh. Kesan daripada tanah runtuk atau hakisan ini menyebabkan sistem perparitan seperti longkang-longkang menjadi cetek. Untuk mengelakkan tanah runtuh berlaku, tembok penahan perlulah dibina dengan kaedah yang betul sepaya ia tidak gagal dan dapat berfungsi dengan baik.

Tembok penahan boleh dibina dengan menggunakan batu bata, konkrit, batu dan bahan lain yang sesuai digunakan untuk dijadikan tembok penahan. Didalam tajuk ini membincangkan tentang tembok penahan yang dibina menggunakan batu.



PRINSIP REKABENTUK TEMBOK PENAHAN

ELAK DARIPADA TERBALIK

Tembok penahan boleh terbalik jika tanah yang disokongnya melebihi keupayaan tembok untuk menahannya. Tekanan tanah di belakang tembok ini dinamakan tekanan aktif. Tembok akan setabil jika beratnya melebihi tekanan aktif. Walau bagaimanapun, kos untuk membina tembok penahan yang besar dan berat adalah terlalu tinggi. Oleh itu, tembok penahan perlu dibina dengan saiz yang kecil untuk menjimatkan kos. Ini bermakna tembok tersebut perlu mempunyai kekuatan tambahan untuk terus berada dalam keadaan stabil. Kekuatan tersebut dapat diperolehi daripada tekanan pasif tanah yang mengimbangi tekanan aktif.

ELAK DARI TERMENDAP

Lapisan bawah tanah yang lembut adalah antara faktor kegagalan tembok penahan. Tanah yang lembut membuatkan tembok penahan termendap ke dalam tanah akidat berat tembok penahan. Oleh itu adalah penting untuk mengambil kira prinsip ini semasa mereka bentuk tembok penahan.

ELAK DARIPADA TERGELINCIR

Kegagalan ini mingkin berlaku pada tanah liat, iaitu apabila terdapat beban tambahan yang berlebihan.

ELAK DARI RETAK DAN PECAH

Binaan tembok penahan hendaklan kukuh untuk mengelakkan tembok penahan daripada retak dan pecah. Ianya dapat diatasi dengan membina tembok tebal dan berat. Selain itu, menggunakan besi tetulang untuk tembok penahan konkrit.


KEGAGALAN TEMBOK PENAHAN

Untuk mengelakkan tembok penahan daripada berlaku kegagalan. Langkah-langkah mengelakkan kegagalan tembok penahan perlulah diambilkira sewaktu menentukan rekabentuk tembok penahan. Terdapat beberapa jenis kegagalan tembok penahan iaitu:


JENIS KEGAGALAN TEMBOK PENAHAN
PENERANGAN
Pergerakkan gelinciran
Dalam kes ini, tembok penahan masih lagi tegak tetapi telah berubah kedudukan dimana ia bergerak kehadapan dari kedudukan asalnya. Ini membolehkan tanah runtuh di bahagian belakang tembok di mana ada ujudnya lompang.
Tumbang atau terbalik
Tembok panahan akan tumbang atau terbalik jika tanah yang disokong melebihi keupayaan tembok. Ini berlaku disebabkan ketidakseimbangan  tekanan aktif dan tekanan pasif yang bertindak pada tembok penahan.
Lenturan
Kegagalan mengambil kira kegagalan faktor lenturan tembok penahan semasa menentukan reka bentuk menyebabkan tembok penahan akan melentur jika terkena tekanan atau beban yang berlebihan kepada tembok tersebut.
Enapan
Pemendapan tembok penahan adalah berpunca daripada pembinaan tembok penahan pada tanah yang lembut. Tembok akan tenggelam ke dalam tanah dan seterusnya mengurangkan keupayaan atau fungsi tembok tersebut sebagai penahan tanah.

  
KESAN AIR TERHADAP KESTABILAN TEMBOK

Air yang berda di dalam tanah akan mempengaruhi kestabilan tembok penahan. Peningkatan kandungan lembapan disebabkan oleh air dalam tanah akan menyebabkan berat unit tanah akan turun meningkat. Pertambahan berat unit tanah ini akan membawa kepada pertambahan daya yang bertindak terhadap tembok penahan yang menahan tanah tersebut. Tembok akan berada dalam keadaan tidak setabil jika berlakunya pertambahan berat unit tanah yang berpunca daripada kewujudan air dalam tanah. Oleh itu, untuk mengelakkan tembok daripada gagal sistem saliran perlu dibuat bagi mengelakkan berlakunya ketidakstabilan tembok.


KECERUNAN TANAH

Cerun ditakrifkan sebagai tanah yang permukaannya membentuk satu sudut dengan satah ufuk. Cerun-cerun ini adalah samaada  buatan manusia atau semulajadi. Biasanya tembok penahan dibina jika satu kecerunan tanah melebihi sudut rehat tanah biasanya dalam lingkungan 30 darjah. Setiap jenis tanah mempunyai sudut rehat yang tersendiri. Biasanya sudut rehat tanah adalah antara 0 – 30 darjah. Bagi tanah yang keras sudut rehat adalah tinggi manakala sudut rehat bagi tanah yang berair pula seperti tanah liat basah mempunyai sudut rehat 0 darjah. 



BAHAN KAMBUS SEMULA ( BACKFILL)

Bahan kambus semula (Backfill) bahan seperti pasir atau batu gravel (batu baur kasar) adalah bahan yang paling sesuai dijadikan bahan kambus semula (Backfill) kerana bahan tersebut boleh dijadikan sistem saliran yang baik untuk menyalirkan air dari dalam tanah ke lubang leleh dan terus keluar. Tetapi tanah liat pula jenis tanah yang tidak sesuai dijadikan bahan kambus semula kerana tanah liat tidak dapat  dijadikan sistem saliran yang baik untuk menyalirkan air dari dalam tanah ke lubang leleh dan terus keluar.

LUBANG LELEH (WEEP HOLES)

Setiap tembok penahan yang dibina perlulah dipasangkan lubang leleh (weep hole) sepaya mudah mengalirkan air dari dalam tanah yang ditahan atau dari tanah belakang. Ini adalah satu langkah yang penting dalam pembinaan tembok penahan untuk mengurangkan tekanan terhadap tembok akibat air bertakung di belakangnya.

Lubang leleh biasanya dibuat dengan menggunakan paip air berukuran 50mm hingga 100mm diamitinya. Dan ditempatkan pada jarak 2m hingga 2.2m di antara satu sama lain, ianya dipasang secara bertatih menegak atau melintang, sekurang-kurangnya 300mm dari aras tanah bawah.  


JENIS-JENIS BATU

JENIS BATU
PENERANGAN
Abu Batu
Pecahan  batu  berukuran  dibawah  5mm,  dipakai  sebagai  material  utama  dalam pembuatan  batako,  paving  blok,  dan  gorong-gorong.  Abu  batu  membantu  mengikat berbagai  ukuran  partikel menjadi  satu  dan  dapat  digunakan  sebagai  bahan  pengganti pasir.
Screening

Screening  adalah  batu  pecah  berukuran  5mm - 10mm,  digunakan  sebagai  bahan  campuran untuk  proses  pengaspalan  jalan  (AMP  Asphalt  Mixing  Plant).  Ukurannya yang kecil membolehkannya  untuk mengisi  celah-celah  ketidaksempurnaan  dan  lubang- lubang kecil yang tidak dapat diisi oleh batu lain agar tercipta lapisan permukaan yang rata yang siap untuk diaspal.
Batu Pecah 10mm – 20mm

Batu pecah berukuran 10mm - 20mm mempunyai aplikasi pemakaian yang sangat luas di dalam pekerjaan membancoh konkrit untuk berbagai jenis, struktur dari struktur yang ringan sampai yang berat, misalnya jalan tol, jembatan, tiang pancang, gedung bertingkat, landasan pesawat udara, dan lain-lain.
Batu Pecah 20mm – 30mm
Batu jenis ini berukuran 20mm - 30mm, paling banyak dipakai dalam kerja membancuh konkrit untuk pembinaan lantai konkrit.
Batu Pecah 30mm -50mm

Batu  pecah  berukuran  30-50mm  digunakan  sebagai  lapisan  dasar  dalam  pembinaan jalan. Kegunaan utama batu jenis ini adalah sebagai penyangga atau pondasi bantalan (ballast) pada  jalan rel kereta api karena fungsinya yang dapat menahan getaran ketika kereta api ingin berhenti.  Susunan batu pada  jalan  rel  kereta  api menciptakan sistem drainase yang baik, yang mengelakkan air hujan bertajung didalam jalan rel kereta api. Selain itu supaya tidak ada tanaman yang dapat tumbuh disepanjang  jalan  rel  kereta  api. Batu  pecah  ini  juga  sering  dipakai  sebagai penutup atau pemberat pipa dalam kerja pemasangan pipa di dasar laut.
Batu Rawak

Batu  Rawak adalah  batu  yang  berukuran  diatas  300mm.  Karena  ukurannya  yang  besar, batu  rawak  digunakan  untuk  menimbun  daerah  rawa- rawa,  reklamasi  pantai,  sebagai pondasi galangan kapal, pondasi penahan atau pemecah ombak, dan pondasi dermaga sederhana. Batu ini juga boleh dipakai dalam bembinaan lansekap sebagai dinding penahan (retaining wall), traffic blocks dan batu penghias (decorative boulder) untuk taman dan air terjun, karena dapat mencantikkan lagi kawasan tersebut. 


PERALATAN YANG DIGUNAKAN UNTUK MEMBINA TEMBOK PENAHAN BATU

NAMA
PENERANGAN
Line level
Digunakan untuk mendapatkan kerataan untuk projek yang panjang
Pita ukur
Digunakan untuk mengukur jarak
Benang dan pin
Digunakan untuk mendapat kelurusan semasa pembinaan tembok penahan dan merancang tanda. Ianya dapat mengelakkan mengikat batu dalam keadaan benkok. Penggunaan alat ini dapat mempercepatkan proses kerja.
Alat aras spirit
Digunakan untuk menguji keadaan pugak dan mengufuk
Pahat (chisel)
Pahat digunakan untuk membentuk tepi batu. Penggunaan pahat yang berbeza saiz akan memberi hasil yang baik mengikut bentuk yang dikehendaki.
Sudip bata
Digunakan untuk menebar mortar semasa kerja pembinaan tembok penahan batu
Baldi jurubina
Digunahan untuk mengisi mortar semasa kerja pembinaan tembok batu
Tukul besi 3lb
Tukul ini digunakan bersama-sama pahat ketika proses membentuk batu tembok penahan
Cangkul dan penggali
Digunakan untuk menggali lobang untuk membina tapak tembok penahan batu
penyodok
Digunakan untuk mengorek, membentuk lubang pada permukaan tanah, membancuh bahan dan memindahkan bahan.
Hand tamper (pemadat tangan)
Digunakan untuk memadatkan dan meratakan tanah. Biasanya saiz kepala keluli bersaiz 10” x 10”.
Safty glass (cermin mata keselamatan)
Berfungsi untuk melindungi mata dari habuk dan serpihan batu.
Gloves
(sarung tangan keselamatan)
Berfungsi untuk melindungi tangan daripada tercedera ketika melakukan kerja.





BAHAN YANG DIGUNAKAN UNTUK MEMBINA TEMBOK PENAHAN BATU

NAMA
NAMA
Simen portland
Besi tetulang
Pasir
Blok penjarak
Span
Paip saiz 50mm hingga 100mm diamitinya
Batu rawak
Batu baur kasar


LANGKAH KERJA MEMBINA TEMBOK PENAHAN BATU

Membina tapak untuk tembok penahan batu

LANGKAH KERJA
PENERANGAN
Menyediakan bahan dan peralatan
· Menyediakan bahan yang secukupnya dan peralatan yang telah ditetapkan

· Memilih peralatan dan kelengkapan mengikut arahan pengeluaran dan spesifikasi kerja
Tentukan lokasi
· Menentukan tempat yang hendak dibina tembok penahan batu
Membersihkan kawasan pembinaan
· Kawasan pembinaan hendaklah bersih daripada benda asing
Merancang tanda tapak
· Merancang tanda tapak menggunakan benang dan pin mengikut pelan yang disediakan
Menggali tanah untuk membuat tapak tembok penahan batu
· Menggali tanah menggunakan cangkul dan penggali mengikut kedalaman dan bentuk yang telah ditetapkan
Membuat kotak acuan tapak tembok penahan batu
· Kotak acuan mistilah dibuat dengan ukuran yang betul dan kotak acuan yang dibuat mestilah kukuh.
Memasang besi tetulang dan blok penjarak
· Besi tetulang yang telah siap diikat diletakkan didalam kotak acuan yang telah siap dibina. Di bahagian bawah besi tetulang perlu diikat dengan blok penjarak.
Menuang konkrit
· Tuangkan konkrit yang telah siap dibancuh kedalam kotak acuan. Konkrit hendaklah dipadatkan semasa kerja menuang konkrit dijalankan.
Meratakan permukaan konkrit
· Ratakan permukaan konkrit yang telah siap dituang.


Membina tembok penahan batu

LANGKAH KERJA
PENERANGAN
1. Sediakan peralatan dan bahan
· Menyediakan bahan yang secukupnya dan peralatan yang telah ditetapkan

· Memilih peralatan dan kelengkapan mengikut arahan pengeluaran dan spesifikasi kerja
2. Merancang tanda untuk membina tembok penahan batu
· Merancang tanda untuk membina tembok penahan batu menggunakan benang dan kayu pancang mengikut pelan yang disediakan
3. Memilih batu rawak
· Memilih batu rawak yang sesuai. Jika batu rawak terlalu besar gunakan pahat dan tukul besi untuk membentuk batu rawak tersebut
4. Menebar mortar dan menerap batu rawak
· Menebar mortar dengan secukupnya dan letakan batu rawak kemudian betulkan kedudukan batu rawak supaya ianya dalam keadaan tegak dan mengikut panduan benang yang telah dibuat.
5. Membuat lubang leleh (weep holes)
· Pada ketinggian sekurang-kurangnya 300mm dari aras tanah bawah lubang leleh perlu dipasangkan. Lubang leleh ini dipasang secara menegak atau melintang. Pada jarak 2m hingga 2.2m diantara satu sama lain.
6. Menebar mortar dan menerap batu rawak semula
· Setelah selesai memasang lubang leleh sambung semula menerap batu rawak sehingga ketinggian yang ditetapkan
7. Membuat topi tembok penahan batu dan kemas ikat
· Jika kerja menerap batu rawak telah siap buat topi tembok dan kemas ikat. Kemas ikat yang boleh dibuat ialah kemas ikat rata dan timbul
8. Membuat penapis
· Penapis atau bahan kambus semula
      (backfill) perlulah dibuat di setiap bahagian belakang lubang leleh. Ianya dibuat dengan meletakkan batu baur kasar (batu gravel) atau pasir di bahagian belakang lubang leleh. Kemudian timbuskan dengan tanah biasa.
9. Membersihkan peralatan dan kawasan kerja
· Membersihkan peralatan dan kawasan kerja



TERIMA KASIH KERANA MEMBACA


1 ulasan:

  1. boleh saya tahu tentang jenis-jenis tanah sesuai digunakan tambakan tembok dibelangkan tembok penahan

    BalasPadam