Ahad, 17 Jun 2018

PEMILIHAN TAWARAN

PENGENALAN

Di Malaysia, amalan yang biasa diamalkan ialah klien menawarkan sesuatu projek pada kelompok kontraktor di mana kontraktor tersebut masing-masing akan bersaing menyerahkan tender yang paling optimum dan keputusannya adalah terletak kepada klien untuk memilih kontraktor yang layak. Apabila tender daripada sesebuah kontraktor itu diterima oleh klien, maka wujudlah ikatan yang dinamakan kontrak antara kontraktor yang dipilih oleh klien.


PEMILIHAN TAWARAN

PEMBUKAAN PETI TAWARAN

Selepas tender ditutup, peti tawaran tender hendaklah dibuka secepat mungkin tetapi tidak lewat daripada 3 hari oleh satu Jawatankuasa Pembuka Tender. Sekiranya peti tawaran tender tidak dapat dibuka dalam tempoh tersebut kebenaran Ketua Jabatan hendaklah diperolehi.

Peti tawaran mestilah dibuka secepat mungkin. Peti tawaran dibuka oleh sekurang-kurangnya 2 orang pegawai dan salah seorang daripadanya hendaklah berjawatan professional dari kumpulan pengurusan. Sebagai contoh arkitek, jurutera, juru ukur bahan dan setaraf dengannya. Pelantikan dibuat secara bertulis oleh Ketua Jabatan atau Bahagian yang menguruskan tender dari semasa ke semasa.

PENILAIAN TAWARAN

Penel penilai tawaran menilai dokumen tawarang yang diterima. Penel penilai perlu menyemak dan menganalisa kesemua dokumen tawaran kemudia satu laporan dan cadangan tentang kontraktor yang layak perlu dibuat.


LEMBAGA PEROLEHAN ATAU LEMBAGA TAWARAN

Membuat penilaian berdasarkan laporan dan cadangan tentang kontrak yang layak yang dilakukan oleh penel penilaian tawaran.

PANEL PENILAIAN TAWARAN

Penilaian dilakukan merujuk kepada laporan tender yang dilakukan. Ianya dilakukan selepas proses penilaian dari lembaga perolehan atau lembaga tawaran selesai.

PENILAIAN PERINGKAT PERTAMA

Penilaian peringkat pertama dilakukan ke atas tawaran yang terendah hingga beberapa tawaran dalam lingkungan yang munsabah. Penilaian peringkat pertama dilakukan mengenai kesempurnaan tawaran, kedudukan kewangan yang memuaskan dan prestasi kerja yang baik.

PENILAIAN PERINGKAT KEDUA.

Penilaian peringkat kedua dilakukan hanya ke atas tawaran yang mana lulus pada peringkat pertama. Penilaian peringkat kedua dilakukan mengenai harga tawaran, pengalaman kontraktor, prestasi kerja semasa kontraktor, kakitangan teknikal, logi, kuari dan kilang.

SURAT HASRAT

Surat hasrat diisi oleh klien untuk diberi kepada kontraktor yang telah berjaya. Surat hasrat bertujuan untuk memaklumkan kepada kontraktor bahawa tawaran yang dilakukan telah berjaya dan terpilih. Antara perkara yang terdapat di dalam surat hasrat ialah butir-butir kerja, harga tawaran, tarikh mula kerja, jumlah wang cagaran dan polisi insuran yang diambil untuk pekerja.


SURAT SETUJU TERIMA

Surat setuju terima diisi oleh kontraktor. Surat setuju terima bertujuan untuk menyatakan kepada klien bahawa kontraktor yang terpilih tersebut bersetuju untuk melaksanakan projek.







Tiada ulasan:

Catat Ulasan