BATA
l Bata merupakan satu bahan binaan yang tahan lama dan kegunannya meluas. Ia telah wujud beratus tahun lamanya dan penting untuk membina stuktur bangunan dalam bidang kejuruteraan awam.
l Bata secara umumnya merujuk kepada bahan binaan yang digunakan untuk membuat dinding, lantai pavement dan unsur-unsur lain dalam pembinaan kerja-kerja batu.
l Definisi bata ialah satu bongkah yang dibuat daripada tanah liat dan berukuran 215mm x 102.5 mm x 65 mm yang mana jika dicampurkan dengan lapisan mortar ukurannya bertambah 10 mm.
l Secara tradisional, istilah bata merujuk kepada unit yang terdiri daripada tanah liat, tetapi kini digunakan untuk merujuk mana-mana bongkah unit segi empat tepat yang boleh disusun dengan mortar atau tanpa mortar.
JENIS UJIANUNTUK BATA
l Tujuan dijalankan ujian ke atas bata adalah bagi menyediakan maklumat berkenaan dengan ciri-ciri bata dari sudut kekuatan, ketahanan, dan kekerasan/ketumpatan. Ini seterusnya dapat membantu dalam proses pemilihan bata bagi tujuan penggunaan yang spesifik.
l Jenis-jenis pengujian bata:
u Ujian Penyerapan (Absorption Test)
u Ujian Kekuatan pemecahan (Crushing Strength test)
u Ujian Kekuatan Mampatan (Compressive Strength Test)
u Ujian Kekerasan (Hardness Test)
u Ujian Bentuk dan Saiz (Shape and Size Test)
u Ujian Warna Bata (Color Test)
u Ujian Bunyi Bata (Soundness Test)
u Pemeriksaan Struktur (Structure)
u Ujian Efflorescence (Efflorescence Test)
l Jenis ujian yang biasa dijalankan ke atas bata:
Ujian Penyerapan Air (Water Absorptions)
l Menguji keliangan bata dengan mengukur kadar resapan air ke dalam bongkah bata.
Ujian Kekuatan Mampatan (Compressive Strengths)
l Sebanyak 3 biji bata diuji dalam mesin ujian mampatan.
l Bata berkenaan dikenakan beban sehingga bata-bata berkenaan musnah.
l Beban pada tahap bata gagal dicatatkan untuk pengiraan.
Ujian Penyerapan Air (Water Absorptions)
Objektif
Untuk penentuan peratusan penyerapan air bagi bata
Rujukan Standard
IS: 3495 (Part-2)-1992, RA 2011
Peralatan & Radas
l Ketuhar
l Basin logam
l Penimbang digital (0-10kg)
Prosedur
Bahan uji dikeringkan di dalam ketuhar yang mempunyai pengudaraan pada suhu dari 105C ke 1150C sehingga ia mencapai jisim malar dengan ketara. Spesimen yang disejukkan kepada suhu bilik dan beratnya direkodkan (M1).
Spesimen kering tenggelam sepenuhnya dalam air yang bersih pada suhu bilik 27±20C selama 24 jam.
Bahan uji kemudian dikeluarkan dan apa-apa kesan air akan dihapuskan dengan kain yang lembap untuk ditimbang. Bahan uji dibiarkan 3 minit kemudian ditimbang dan direkodkan untuk mendapatkan berat (M2).
Pengiraan
l Mencari jumlah peratus serapan air dalam jisim bata berbanding jisim bata tanpa kandungan air, selepas tempoh 24 jam bahan uji dikeringkan.
l Rendam dalam air sejuk yang diberikan oleh rumus berikut.
[(M2-M1) / M1] X 100 = Peratus jisim air berbanding jisim bata
l Bata yang baik tidak menyerap kandungan air tidak melebihi 20% dari berat jisimnya sendiri.
Laporan
l Nilai ujian penyerapan air bagi bata diukur dalam unit peratus kepada satu nilai yang terhampir
Langkah langkah keselamatan sebelum, semasa dan selepas pengujian
l Penggunaan tangan sarung semasa mengalih keluar bahan ujian dari oven selepas mematikan ketuhar.
l Bersihkan bekas sebelum ujian.
l Mengawal pengudaraan sewaktu menggunakan penimbang.
l Memakai kasut keselamatan dan apron semasa ujian.
Ujian Kekuatan Mampatan (Compressive Strengths)
Tujuan
Bertujuan untuk menentukan kekuatan mampatan bata.
Peralatan
l Mesin pengujian mampatan (Compression testing machine).
l Mempunyai 2 plat mampatan dengan kedudukan bebola keluli pada bahagian tengahnya
Langkah Kerja
Spesimen
Tiga biji batu bata sebagai sampel diambil. Dimensi harus diukur ke 1mm yang terdekat.
Menyediakan sampel ujian
Buang lebihan pada sampel ujian supaya rata pada dua permukaannya. Pencanai boleh digunakan untuk mendapatkan permukaan rata.Uji pada permukaan rata.
Masukkan ke dalam air pada suhu bilik dan rendam untuk selama 24 jam.
Keluarkan sampel ujian dan keringkan lembapan pada bata didalam suhu bilik.
Mortar simen (1:1) digunakan untuk mengisi frog/lekuk dan lubang pada bata supaya rata dengan permukaan bata (kedua belah permukaan).
Simpan sampel tersebut dibawah guni jut (jute bag) yang lembap untuk 3 hari.
Keluarkan sampel untuk ujian dan lapkan lebihan kesan lembapan pada sampel tersebut.
Prosedur Pengujian
1. Letakkan sampel pada tengah plat pengujian dengan permukaan rata sampel tersebut.
2. Pastikan bahagian lekuk/frog berada sebelah atas semasa ujian.
3. Kenakan mampatan pada kadar sekata dengan nilai 14 N/mm² (140kg/cm²)tiap per minit.
4. Lakukan sehingga berlaku kegagalan sampel dan catatkan nilai tekanan maksimum tersebut.
5. Tekanan beban kepada kegagalan sampel tersebut adalah merupakan mampatan maksimum di mana spesimen itu gagal untuk menghasilkan sebarang kenaikan seterusnya di penunjuk bacaan mesin ujian.
Spesifikasi perbandingan Standard
Spesifikasi Bata Bata Tanah Liat
Ukuran: Saiz piawai batu bata tanah liat adalah seperti berikut:
Panjang (mm)
|
Lebar (mm)
|
Dalam (mm)
|
190
|
90
|
90
|
190
|
90
|
40
|
Klasifikasi: Tanah liat bakar biasa hendaklah dikelaskan berdasarkan kekuatan mampatan purata seperti yang dinyatakan dalam Jadual dibawah.
Pengkelasan
(Class Designation)
|
Purata mampatan
| |
Tidak kurang dari (N/mm²)
|
Lebih dari (N/mm²)
| |
350
|
35
|
40
|
300
|
30
|
35
|
250
|
25
|
30
|
200
|
20
|
25
|
175
|
17.5
|
20
|
150
|
15
|
17.5
|
125
|
12.5
|
15
|
100
|
10
|
12.5
|
75
|
7.5
|
10
|
50
|
5
|
7.5
|
35
|
3.5
|
5
|
Langkah langkah keselamatan sebelum, semasa dan selepas pengujian
1. Penggunaan tangan sarung dan alatan perlindungan keselamatan yang sesuai semasa menggunakan mesin canai.
2. Bersihkan bekas sebelum ujian.
3. Menggunakan mesin mampatan mengikut kaedah yang betul.
Memakai kasut keselamatan, pelindung mata dan apron semasa ujian
Tiada ulasan:
Catat Ulasan