Anda baru sahaja mendapat lesen kontraktor. Anda telah berjaya membida 1 projek membuat bangunan 10 tingkat. Ini adalah projek pertama anda. Adakah anda yakin dengan komitmen anda? Yakin akan mendapat keuntungan pertama? Atau risau mendapat kerugian? Atau tidak dapat menyiapkan bangunan itu sepenuhnya/on time? Apa risiko terselindung kita sebagai kontraktor? Jangan risau. Disini kami sertakan nota lengkap
CARA MENGIRA KOS KESELURUHAN UNTUK MEMBINA DAN MENYIAPKAN 1 BANGUNAN
Pada dasarnya, harga satu-satu bangunan itu adalah terkandung beberapa faktor iaitu :
Pada dasarnya, harga satu-satu bangunan itu adalah terkandung beberapa faktor iaitu :
- Harga buruh
- Harga bahan-bahan termasuk pengangkutan dan pembaziran
- Harga alat dan perkakas
- Insuran
- Harga pengurusan oleh pemborong
- Keuntungan oleh pemborong
Perlu diingatkan iaitu tiada dua bangunan mempunyai sama harga pembinaannya walaupun rupa, rajah dan bentuk bangunan itu serupa. Ini adalah disebabkan oleh faktor-faktor seperti yang tersebut di atas. Juga faktor-faktor seperti pembezaan tempat kerja, kenaikan harga dan lain-lain juga akan menyebabkan tiada dua bangunan dan lain-lain juga akan menyebabkan tiada dua bangunan yang serupa mempunyai harga pembinaan yang serupa.
CARA-CARA MEMBUAT ANGGARAN
Terdapat lima cara yang masih digunakan utnuk membuat anggaran ke atas sesebuah bangunan.
Terdapat lima cara yang masih digunakan utnuk membuat anggaran ke atas sesebuah bangunan.
- Isipadu Bangunan (Cubic Content)
- Luas Lantai Bangunan (Floor Area)
- Penilaian Unit (Unit Valuation)
- Kuantiti Nilaian Hampir (Approximate Quantities)
- Senarai Kuantiti (Bill Of Quantities)
ISIPADU BANGUNAN (CUBIC CONTENT)
Ini adalah cara yang paling kasar untuk membuat anggaran ke atas sesebuah banguan itu bagi mendapatkan jumlah harga bangunan tersebut. Cara untuk mendapat isipadu bangunan tersebut adalah dengan mendarab panjang, lebar dan tinggi bangunan itu. Tetapi sebelum itu hendaklah dikaji dengan teliti faktor-faktor seperti berikut :

Ukuran panjang bangunan dan lebar bangunan sesebuah bangunan itu hendaklah diukur di antara permukaan luar iaitu PANJANG X LEBAR.
Faktor-faktor penting yang mesti diambil perhatian apabila mencari ukuran tinggi sesebuah bangunan itu apabila membuat anggaran dengan cara isipadu.
Faktor-faktor penting yang mesti diambil perhatian apabila mencari ukuran tinggi sesebuah bangunan itu apabila membuat anggaran dengan cara isipadu.
- Jikalau sesebuah bangunan itu mempunyai bumbung curam (pitch roof), maka jumlah tinggi bangunan itu hendaklah diukur dari paras permukaan asas (top of foundation) hingga ke paras siling dan ditambah separuh tinggi tegak bumbung (vertical height)
- Jikalau sesebuah bangunan itu mempunyai bumbung atau atap rata (flat roof), maka jumlah tinggi bangunan itu hendaklah diukur dari paras permukaan asas hingga ke paras permukaan bumbung ditambah 610 mm tinggi.
Setelah mendapat ukuran panjang, lebar dan tinggi bangunan itu, maka isipadu bangunan itu boleh didapati dengan mendarafkan ketiga-tiga ukuran ini.
- Misalnya :
Panjang bangunan= 20 m
Lebar bangunan = 10 m
Tinggi bangunan = 5 m - Jadi isipadu bangunan = panjang x lebar x tinggi = 20 x 10 x 5 = 1000 m³
Berdasarkan daripada harga 1 m³ sesebuah bangunan yang sama dari segi pembinaan dan rekabentuk, harga bagi 1000 m³ bangunan seperti di atas = RM 200.00 x 1000 = RM 200 000.00
LUAS LANTAI BANGUNAN (FLOOR AREA)
Satu lagi cara untuk mendapatkan anggaran secara kasar bagi sesebuah bangunan itu ialah dengan menggunakan cara luas lantai bangunan tersebut. Sebagaimana yang diketahui, luas ialah panjang daraf lebar. Oleh yang demikian, sama juga caranya untuk mendapatkan luas sesebuah bangunan itu dengan mendarafkan ukuran panjang bangunan dengan lebar bangunan. Ukuran panjang dan lebar bangunan itu hendaklah diambil dari permukaan luar dindingnya.

Contohnya : 20 m x 10 m
200 m²
200 m²
Untuk mendapatkan harga anggaran bagi bangunan tersebut terlebih dahulu hendaklah diketahui harga satu meter persegi bangunan yang lain, dimana cara pembinaan dan rekabentuk bangunan itu sama seperti bangunan yang hendak dianggarkan. Ini hanya boleh diketahui melalui pengalaman-pengalaman yang lalu. Katakan dari pengalaman di masa lalu harga bagi satu meter persegi sesebuah bangunan yang sama dari segi pembinaan dan rekabentuk yang sama ialah RM 1500.00 . maka harga anggaran bagi bangunan yang luasnya 200 meter persegi ialah RM 1500.00 x 200 m² = RM 300 000.00
Selain daripada harga luas lantai bangunan itu, harga beberapa perkara lain hendaklah juga ditambah atau dijumlahkan dengan harga luas bangunan tersebut. Perkara-perkara tersebut ialah seperti kerja-kerja parit luar bangunan, pagar, jalan, lanskap dan lain-lain kerja luar bangunan. Jadi harga bagi tiap-tiap perkara yang disebut itu hendaklah dicampurkan dengan harga luas bangunan tersebut untuk mendapatkan harga keseluruhan bagi kerja-kerja pembinaan tersebut.
PENILAIAN UNIT (UNIT VALUATION)
Cara membuat anggaran seperti ini ialah dengan menggunakan kelengkapan-kelengkapan atau perkakas-perkakas yang ada atau yang terdapat di dalam sesebuah bangunan.
Cara membuat anggaran seperti ini ialah dengan menggunakan kelengkapan-kelengkapan atau perkakas-perkakas yang ada atau yang terdapat di dalam sesebuah bangunan.
Contoh kelengkapan-kelengkapan tersebut ialah :
Jika sesebuah sekolah itu pernah dinilaikan sebanyak RM 1 000 000.00 dan boleh menampung 1000 orang murid, maka harga untuk menempatkan satu meja murid bagi sekolah tersebut ialah sebanyak RM 1 000 000.00 ÷ 1000 = RM 1000.00. Maka nilaian ini boleh digunakan untuk mendapatkan nilai anggaran secara kasar bagi sesebuah bangunan sekolah yang lain bagi yang sama dari segi pembinaan dan rekabentuk.

Cara ini juga boleh digunakan untuk membina sesebuah hospital dengan mengira atau menghitung jumlah katil-katil pesakit, membina sesebuah pawagam dengan mengira banyaknya tempat duduk penonton dan lain-lain lagi yang boleh dikira berdasarkan kiraan penilaian unit.
KUANTITI NILAIAN HAMPIR (APPROXIMATE QUANTITIES)
Cara ini adalah yang paling baik atau yang hampir tepat dari kaedah-kaedah yang terdahulu untuk mencari nilaian secara kasar. Dengan cara ini bahan-bahan kerja dikeluarkan dengan secara kasar dari lukisan-lukisan dan dinilaikan harga-harga mengikut bahan-bahan yang tertentu. Cara-cara ini untuk mengeluarkan bahan-bahan kerja dan memberi harga-harga ke atasnya adalah seperti berikut ;

- Kerja mengorek parit tidak melebihi 1.5 m dalam – dihargakan bagi satu meter padu.
- Konkrit di dalam asas bangunan termasuk kayu dan papan penyokong dan juga keluli penguat dihargakan bagi satu meter padu.
- Konkrit untuk lantai tanah (ground floor concrete) termasuk lapisan asas (hardcore) dan hiasan lantai (floor finish) – dihargakan bagi satu meter persegi.
- Konkrit untuk lantai atas (upper floor) termasuk kayu dan papan penyokong, keluli dan hiasan lantai- dihargakan bagi satu meter persegi.
- Dinding bata termasuk lepa dan dicat pada kedua-dua permukaan – dihargakan bagi satu meter persegi.
- Kayu-kayu untuk atap atau bumbung dan siling dihargakan bagi satu meter padu.
- Penutup bumbung (roof covering) termasuk kayu beroti (battern)- dihargakan bagi satu meter persegi.
- Tingkap dan pintu termasuk barang-barang besi (iron mongery), gelas, bingkai (frame) dan cat – dihargakan tiap-tiap satu meter mengikut saiznya.
- Pertukangan kayu (joinery fitting) seperti almari, papan rak (shelves) dan lain-lain- dihargakan ttiap-tiap satu yang cukup.
- Pemasangan paip (sanitary fitting) termasuk harga paip pada tiap-tiap perkakas (fitting).
- Pemasangan alat-alat lektrik – dihargakan bagi tiap-tiap satu point.
- Pengaliran najis (soil drainage ) termasuk harga paip, penggalian parit dan lapisan konkrit di bawah – dihargakan bagi satu meter panjang (meter run).
- Kerja-kerja luar seperti menanam rumput-rumput (turfing) dan memagar (fencing) dan lain-lain
Jadi bahan-bahan yang telah dikeluarkan dari lukisan-lukisan atau pelan-pelan mengikut ukuran-ukuran di dalam unit-unit yang tertentu dan jumlah harga bahan-bahan ini menjadi harga anggaran secara kasar ke atas projek tersebut.
SENARAI KUANTITI (BILL OF QUANTITIES)
Membuat anggaran dengan cara ini adalah yang paling baik dan tepat. Senarai-senarai bahan ini disediakan oleh Jurukur Bahan yang mahir dan mengeluarkan segala bahan-bahan yang telah diukur dari lukisan-lukisan atau pelan-pelan dengan tepat dan kemudian dikumpulkan bahan-bahan tersebut dalam dalam bentuk bilangan di bawah pecahan-pecahan tajuk yang tertentu. Si pemborong hanya dikehendaki mengisi ruangan harga-harga yang disediakan pada tiap-tiap senarai bahan yang telah dikumpulkan jumlah ukurannya, kemudian didarafkan bilangan bahan-bahan dengan harga-harga yang telah diisi untuk mendapatkan jumlah harga tawaran yang sebenarnya.

HARGA UNIT (UNIT RATES)
Pada dasarnya tiap-tiap harga unit termasuk harga-harga seperti berikut :
- Buruh
- Harga bahan-bahan
- Penggunaan jentera atau peralatan
- Keuntungan
Tetapi tidak kesemua empat-empat faktor yang tersebut yang mesti digunakan untuk mendapat harga unit. Kadangkala, Cuma faktor-faktor seperti buruh dan keuntungan sahaja yang boleh digunakan seperti mencari harga unit bagi satu-satu penggalian dengan tangan. Cuma faktor-faktor seperti buruh, bahan-bahan dan keuntungan sahaja yang boleh digunakan untuk menerap batu-bata.
BURUH
Bayaran harga buruh ialah upahan kepada seseorang pekerja setelah ia menyempurnakan sesuatu pekerjaan. Sebagai contoh, seseorang pemborong memberi bayaran kepada pekerjanya atau dipanggil upah. Bayaran atau upah buruh ini berbeza dari segi pembayarannya menikut kemahiran seseorang pekerja itu. Misalnya :

- Tukang (craftsman or mason)
Orang yang mahir membuat sesuatu bidang pekerjaan dalam dalam pelbagai segi pertukangan seperti pertukangan kayu (carpentry), tukang menerap bata (bricklayer), tukang memasang paip (plumber) dan lain-lain lagi. Mereka dibayar upah diantara RM 40.00 hingga RM 80.00 dalam satu hari 8 jam bekerja. Tetapi bayaran ini berubah dari masa ke semasa. - Buruh biasa (labourer)
Orang yang separuh mahir atau tidak mahir membuat sesuatu bidang pekerjaan seperti pembancuh simen, orang yang mengangkat batu-bata, simen atai besi dan lain-lain. Seseorang buruh biasanya dibayar lebih RM 30.00 sehari bagi 8 jam bekerja. - Kepala kerja (foreman)
Orang yang ditugaskan untuk mengendalikan atau menyelia kerja-kerja di tapak pembinaan bagi pihak pemborong. Semua bayaran baginya selalunya diperuntukan didalam jumlah pengurusan syarikat pemborong yang berkenaan. - Angkatap buruh (labour constant)
Angkatap buruh ertinya masa yang diambil oleh seseorang buruh untuk menyiapkan sesuatu kerja. Angkatap buruh ini adalah satu faktor yang tidak boleh ditetapkan dengan tepat tetapi hanya didapati dengan hanya mencari hitungan panjang masa selepas membuat beberapa kajian. Misalnya si Ali boleh menggali satu meter padu tanah dalam masa 2 jam, tetapi si Abu boleh juga boleh membuat kerja yang sama dalam masa 1 ½ jam. Ini bermakna sesuatu pekerjaan itu tidak boleh disiapkan atau dikendalikan pekerja-pekerja dalam dalam masa yang sama atau tertentu. Oleh yang demikian seseorang pemborong boleh mendapat keuntungan lebih jika sekiranya ia menggunakan tenaga si Abu. Sebab bayaran untuk si Abu (boleh bekerja 1 ½ jam ) adalah kurang daripada bayaran si Ali.
KADAR HARGA BAHAN-BAHAN
Faktor-faktor seperti berikut hendaklah diberi perhatian di dalam menentukan harga bahan-bahan :
Faktor-faktor seperti berikut hendaklah diberi perhatian di dalam menentukan harga bahan-bahan :
- Harga asal bahan-bahan (nett cost if materials)
- Bayaran pengangkutan (delivery charge)
- Harga menyimpan (storage cost)
- Pembaziran (waste)
Harga asal bahan-bahan didapati berubah dari satu masa ke semasa dan juga berubah dari tempat ke satu tempat. Oleh kerana itu, apabila membuat anggaran hendaklah menggunakan harga pasaran semasa dalam peredaran pada ketika itu. Harga pasaran bahan-bahan ini boleh didapati dari pekedai-pekedai, majalah-majalah dan lain-lain.
PENGGUNAAN PERALATAN
Apabila menjalankan sesuatu projek pembangunan besar, kebanyakkan pemborong-pemborong menggunakan alat-alat yang bersangkutandengan pekerjaan tersebut. Alat-alat tersebut yang digunakan terbahagi kepada dua jenis iaitu :

- Alat-alat yang tidak berjentera
- Alat-alat yang berjentera
Untuk menggunakan alat-alat dan perkakas yang tersebut di atas, pemborong-pemborong hendaklah mengadakan wang yang cukup unutk membeli atau menyewa alat-alat dan perkakas-perkakas tersebut. Oleh yang demikian modal untuk membeli atau menyewa alat-alat tersebut patutlah dikira semula untuk mendapatakan kos modal yang telah digunakan. Cara untuk mendapatkan balik wang modal bagi membeli alat-alat tersebut ialah dengan menganalisa harga penggunaan alat-alat iaitu bagi sejam sehari dan juga upah buruh yang mengendalikan alat-alat tersebut. Jadi untuk menganalisa harga penggunaan alat-alat jentera ini bagi sejam sehari perlulah diambil perhatian beberapa faktor penting termasuk :
- Harga untuk menyewa atau kejatuhan harga bagi alat-alat jentrera yang digunakan (cost of hire or depreciation)
- Harga untuk membaiki kerosakan alat-alat jentera yang digunakan (cost of repair)
- Kehilangan faedah atau bunga ke atas wang modal untuk menyewa alat jentera tersebut, jika sekiranya wang modal itu disimpan di dalam bank (loss of bank interest)
- Penggunaan minyak (petrol / diesel & minyak enjin) dan juga air bagi alat hentera tersebut.
- Bayaran untuk pemandu dan buruh-buruh yang mengendalikan alat jentera tersebut dan juga harga pengendalian yang berkaitan.
KEUNTUNGAN (PROFIT)
Setelah dikira tiap-tiap harga unit untuk bahan-bahan, buruh-buruh dan peralatan, hendaklah juga difikirkan tentang keuntungan yang berpatutan. Keuntungan ini dikira dengan menggunakan peratus (percentage) ke atas jumlah kegunaan bahan-bahan dan upah buruh. Keuntungan yang ditambah ini dipanggil keuntungan kasar (gross profit). Keuntungan kasar ini termasuk :

- Keuntungan bersih (nett profit)
- Harga pengurusan syarikat pemborong
Apa yang dikatakan harga pengurusan syarikat pemborong ialah bayaran-bayaran atau gaji yang perlu dibayar kepada kakitangan yang menguruskan atau menyeliakan syarikat tersebut. Harga pengurusan keuntungan kasar (gross profit). Keuntungan kasar ini termasuk :
- Gaji dan perbelanjaan pengarah syarikat
- Bayaran yang dikenakan oleh bank ke atas over draf dan kehilangan faedah.
- Sewa pejabat, gaji setiausaha, alat-alat pejabat, telefon, insuran, bayaran bil-bil dan sebagainya.
- Cukai-cukai
- Kejatuhan nilai atau harga semua alat-alat jentera yang sejajar
- Elaun-elaun kereta, pengangkutan, perjalanan dan sebagainya.
- Perkara-perkara am dan penyeliaan oleh kakitangan, agen tapak bina dan kepala (foremen)
Nilai peratus ke atas bayaran yang tersebut di atas boleh didapati dengan dibahagikan jumlah wang masuk (turnover) atau wang pembalikan bagi hitungan panjang untuk setahun, dengan jumlah harga pengurusan. Misalnya:
Wang masuk atau wang pembalikan untuk setahun katakan RM 1 juta. Harga pengurusan, katakan RM 50 ribu.
Jadi nilaian peratus = Harga pengurusan Wang masuk
= RM 50.000.00 X 100
RM 1,000,000.00
= 5%
= RM 50.000.00 X 100
RM 1,000,000.00
= 5%
Oleh yang demikian, sekiranya pemborong di dalam membuat anggaran kerja inginkan keuntungan bersih sebanyak 5%, maka pemborong mestilah menambah 5% lagi ke atas 5% ini untuk pengurusan dan peralatan menjadikan keuntungan kasar sebanyak 10%.
MESIN (MACHINE)
KEGUNAAN MESIN
Pada masa ini boleh dikatakan semua projek-projek pembinaan bangunan dan kejuruteraan menggunakan mesin supaya langkah-langkah untuk membina dapat dijalankan dengan lancar dan cepat. Tetapi sebelum seseorang pemborong itu membeli atau menyewa alat-alat jentera atau mesin ini, ia hendaklah mengambil perhatian atau menimbang beberapa faktor yang penting seperti:

- Kerja-kerja yang ada di dalam tangan, untuk pengguna alat-alat jentera ini mestilah mencukupi.
- Mesin-mesin yang digunakan hendaklah dikendalikan di bawah jagaan orang yang cekap dan mengetahui serba serbi tentang penggunaan mesin itu.
- Dengan menggunakan sesuatu mesin itu boleh mendatangkan garisan keuntungan yang besar kepada si Pemborong dan tidak sebaliknya.
MUATAN MESIN
Sebelum membuat anggaran atau taksiran ke atas mesin yang hendak digunakan, pemborong hendaklah terlebih dahulu mengetahui sejauh mana muatan atau kemampuan sesebuah mesin itu boleh membuat sesuatu pekerjaan dalam masa yang ditentukan. Misalnya, jika sesebuah mesin itu tidak boleh membuat kerja dan hasil pekerjaan itu tidak memuaskan pada masa yang ditentukan maka tidak ada gunanya menyewa mesin tersebut. Unit pengukuran (unit of measurement) ke atas mesin-mesin atau alat-alat jentera adalah seperti berikut:

- Pengorek atau mesin
- Lori
- Pembuang tanah (dumper)
- Trak (truck)
Ukuran muatannya berdasarkan isi padu. Misalnya sebuah lori boleh membawa 4 m
padu bahan (seperti pasir dan tanah)
MESIN PENGGAUL KONKRIT
Muatannya diukur dari segi tongnya atau dramnya (drum) sebelum digaul dan selepas digaul.
Contohnya: Menggunakan mesin konkrit 7/5
Contohnya: Menggunakan mesin konkrit 7/5
Angka pertama (iaitu 7) menunjukkan kuantiti atau banyaknya bahan-bahan konkrit, yang diisi ke dalam tong atau dram mesin itu sebelum digaul dan angka kedua (iaitu 5) menunjukkan kuantiti konkrit yang boleh didapati selepas digaul. Ini bermakna 7m padu bahan-bahan konkrit sebelum digaul dan 5m padu konkrit selepas digaul. Jenis-jenis mesin konkrit yang boleh didapati selain dari 7/5 ialah 10/7 dan 14/10. Keterangan-keterangan berikut sangatlah perlu diambil perhatian sebelum menganalisis harga penggunaan mesin-mesin:
- Harga asal mesin
- Faedah ke atas modal
- Umur mesin itu dari segi ekonominya (iaitu semasa mesin itu boleh digunakan)
- Harga untuk membaiki kerosakan semasa umurnya
- Harga untuk mengangkut mesin itu ke tapak binaan semasa umurnya.
- Bilangan masa bagi mesin itu bekerja dalam
- Penggunaan minyak petrol dan minyak hitam
- Gaji untuk pemandu mesin dan buruh yang mengendalikan mesin
- Muatan mesin.
Kos modal (capital Cost)
Kos kendalian (Operating Cost)
CONTOH
MENGANALISA HARGA MESIN PENGOREK (DRAINAGE) DENGAN MUATAN 0.4 M PADU.
A.Cara-cara bagaimana menganalisis harga sejam ke atas mesin pengorek (drainage) iaitu kos modal (capital cost)
Harga asal mesin pengorek, katakan faedah di atas modal selama 5 tahun sebanyak = RM60.000
5% setahun = 5 x 5% = 25 x RM60,000.00 100 = RM15,000.00
Harga asal mesin pengorek, katakan faedah di atas modal selama 5 tahun sebanyak = RM60.000
5% setahun = 5 x 5% = 25 x RM60,000.00 100 = RM15,000.00
Membaiki kerosakan mesin selama 5 tahun (1/10 dari harga asal) = 1/20 x RM60,000.00 = RM6,000.00
Mengangkut mesin ke tapak binaan selam 5 tahun (1/20 dari harga asal) = 1/20 x RM60,000.00 = RM3,000.00
Jumlah harga bagi 5 tahun = RM84,000.00
Harga (kos modal) mesin untuk 1 tahun = RM84,000.00
5
= RM16,800.00
Harga (kos modal) mesin untuk 1 tahun = RM84,000.00
5
= RM16,800.00
Hitung panjang mesin pengorek boleh bekerja dalam setahun, katakan = 150 hari
Dalam sehari mesin pengorek boleh bekerja 8 jam. Dalam setahun mesin boleh bekerja selama (8 x 150 jam) = 1,200 jam
Dalam masa 1,200 jam (1 tahun) harga mesin pengorek (iaitu kos modal) = RM16,800.00
Dalam masa 1 jam harga mesin pengorek = RM16,800.00 1,200 = RM14.00
Jadi kos modal harga mesin pengorek dalam masa 1 jam = RM14.00 sejam

B. Menganalisis harga buruh ke atas mesin bagi sejam iaitu kos kendalian bagi 8 jam sehari.
Drebar bagi 9 jam (1 jam sehari ditambah untuk menjaga dan memelihara mesin) dibayar RM4.40 sejam = 9 x RM4.40 = RM39.60
Buruh bagi 8 jam bekerja sehari dibayar RM2.75 sejam = 8 x RM2.75 = RM22.00
36.41 minyak diesel digunakan sehari dan harganya, katakan RM0.29 seliter = 36.4 x 0.29 = RM10.56
1.7 liter minyak hitam digunakan sehari dan harganya, katakan RM2.82 seliter = 1.7 x RM2.82 = RM4.79
0.5 kg minyak geris (grease) sehari katakan RM2.20 se kg = 0.5 x RM2.20 = RM1.10
Kos (harga) untuk mengendalikan mesin sehari (8 jam) = RM78.05
Kos untuk mengendalikan mesin sejam (kos Kendalian) = RM78.05
8= RM9.76
Jumlah bagi kos modal & kos kendalian untuk sejam = RM14.00 +RM9.76
= RM23.76

C.Hasil pengeluaran mesin (out-put)
Cara-cara untuk mendapatkan harga mengorek tanah yang jumlahnya besar (bulk excavation) dan parit (trench)
1)Mengorak jumlah tanah yang besar (bulk excavation) ialah 19 meter padu bagi sejam
2)Mengorek parit (trench) ialah 11 meter padu sejam.
a)Harga semester padu bagi mengorek jumlah tanah yang besar:
Kos (harga) untuk mengendalikan mesin sehari (8 jam) = RM23.76
19= RM1.25
Ditambah keuntungan kasar
10% = 10 x RM1.25
100 = RM0.13
Harga mengorek 1 meter jumlah tanah yang besar = RM1.58
Kos (harga) untuk mengendalikan mesin sehari (8 jam) = RM23.76
19= RM1.25
Ditambah keuntungan kasar
10% = 10 x RM1.25
100 = RM0.13
Harga mengorek 1 meter jumlah tanah yang besar = RM1.58
b)Harga mengorek parit:
Mengorek 11 meter padu parit bagi sejam = RM23.76
Mengorek 1 meter padu parit =RM23.76
11= RM2.16
Ditambah keuntungan kasar
10% = 10 x RM2.16
100 = RM0.22
Harga mengorek 1 meter padu parit = RM2.38
Mengorek 11 meter padu parit bagi sejam = RM23.76
Mengorek 1 meter padu parit =RM23.76
11= RM2.16
Ditambah keuntungan kasar
10% = 10 x RM2.16
100 = RM0.22
Harga mengorek 1 meter padu parit = RM2.38
Peringatan
Cara-cara untuk menganalisis harga-harga penggunaan mesin yang diterangkan di atas dan sebelumnya tidak termasuk penggunaan mesin-mesin yang terpakai (second hand value) pada penghujung tahun yang kelima (5 tahun). Jikalau dipertimbangkan juga mesin-mesin yang terpakai maka kos modal akan berkurangan dan oleh sebab itu harga se ela pau mengorek pun akan juga berkurangan.

Had umur mesin-mesin yang berguna (useful life of machine)
- Pengorek (excavator) = 5 tahun
- Penggaul konkrit (concrete mixer) = 5 tahun
- Lori dan lori pembuang (dumper) = 3 tahun
BERBAGAI-BAGAI-BAGAI JENIS PENGELUARAN MESIN-MESIN
A.MESIN PENGGAUL KONKRIT (CONCRETE MIXER)
Jenis (m³) Bil. Buruh yang mengendalikan mesin iaitu mengukur & mengisi bahan-bahan Hitung panjang konkrit digaul sejam (m³) Minyak petrol digunakan sehari (liter) Minyak hitam digunakan sehari (liter)

- 5/3 1/2 1 drebar + 2 orang buruh. 1.15 9.1 0.3
- 7/5 1 drebar + 4 orang buruh. 2 13.7 0.5
- 10/7 1 drebar + 4 orang buruh. 3.4 4 0.6
- 14/10 1 drebar + 6 orang buruh. 3.8 16 0.6
B.ALAT JENTERA PENGOREK – PENYODOK (SHOVEL ATAU DRAGLINE)
Jenis (m³) Hitung panjang pengeluaran kerja dalam m padu sejam Minyak diesel untuk sejam (liter) Minyak pelicir untuk seminggu (liter)
Jenis (m³) Hitung panjang pengeluaran kerja dalam m padu sejam Minyak diesel untuk sejam (liter) Minyak pelicir untuk seminggu (liter)
C.TRAK DAN LORI
Jenis Muatan dalam kiraan m padu Minyak diesel atau petrol untuk sejam (liter) Minyak pelicin untuk seminggu (liter)
Jenis Muatan dalam kiraan m padu Minyak diesel atau petrol untuk sejam (liter) Minyak pelicin untuk seminggu (liter)
- 2m ton lori 1.2 4.6 0.6
- 1.5m ton lori (dumper) 1.2 4.6 0.9
- 3m ton lori 1.7 4.6 0.9
- 2.3 m ton lori (dumper) 1.7 6 1
- 5m ton lori 2.5 5.7 1.1
P/s : Harga yang dilampirkan adalah contoh pengiraan sahaja dan bukannya harga sebenar upah/sewa/belian semasa.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan