Selasa, 19 Jun 2018

PENGUJIAN UNTUK BATU BAUR KASAR DAN HALUS

BATU BAUR

Batu baur adalah batu pelbagai saiz dan bentuk yang digunakan dalam pembuatan Simen, Bahan berbitumen, plaster, turap, lapisan turas, balast landasan kereta api, lapisan asas, subgred (lapisan bawah jalan).
Batu baur mengandungi pasir dan batu kelikir yang digunakan di dalam campuran konkrit selain dari simen dan air.
Kandungan batu baur mestilah sekurang-kurangnya tiga suku isipadu konkrit.
Batu baur dapat mempengaruhi sifat konkrit iaitu tentang ketahanan, kemudahan kerja dan lain-lain lagi.
-Selain dari itu, penggunaan batu baur akan menjadikan konkrit lebih stabil dan lebih tahan.
Bahan berbutir seperti pasir, kelikir, batu hancur, sanga besi yang dihancurkan digunakan dengan medium simen untuk menghasilkan mortar atau konkrit atau sebagai lapisan asas atau balast landasan kereta api. 

JENIS UJIAN UNTUK BATU BAUR

Kandungan batu baur di dalam bancuhan turapan berbitumen melebihi 90% daripada keseluruhan ataupun 80% daripada keseluruhan isipadunya.

Fungsi utama batu baur ialah menanggung beban yang dikenakan kepada turapan.
Oleh itu, prestasi sesuatu turapan sangat bergantung kepada kualiti batu baur yang digunakan.
Batu baur yang digunakan dalam bancuhan berbitumen turapan jalan raya terbahagi kepada dua kelas iaitu:
Batu baur kasar - Batu baur yang tertahan pada ayak 5.00 mm
Batu baur halus - Batu baur yang telus ayak saiz 5.00 mm dan tertahan pada ayak saiz #200 (0.075 mm)
Batu baur yang diperolehi daripada punca yang berbeza akan mempunyai sifat yang berbeza, lebih-lebih lagi jika batu baur tersebut daripada jenis yang berlainan. Untuk menentukan agar batu baur yang mempunyai sifat yang sesuai sahaja dipilih, berbagai-bagai ujian terhadap batu baur itu perlu dijalankan.
Ujian ini juga akan memastikan agar batu baur yang terbaik sahaja dipilih daripada jenis batu baur yang ada untuk kegunaan tersebut.
Segala batu baur yang tidak memenuhi kriteria ujian akan diketepikan.
Antara ujian-ujian yang perlu dijalankan adalah seperti berikut:
Ujian penggredan (analisis ayak)
Ujian graviti tentu dan kadar penyerapan air


UJIAN PENGGREDAN (ANALISIS AYAK)

Tujuan. 
Untuk menentukan saiz sebenar batu baur yang akan digunakan untuk bancuhan bahan berbitumen.
Ujian penggredan ini juga dijalankan untuk menentukan kuantiti batu baur yang berlainan saiz yang perlu digunakan untuk memenuhi spesifikasi yang telah ditetapkan.
Di samping itu ujian ini juga boleh digunakan untuk memastikan batu baur yang dibekalkan adalah seperti yang dikehendaki.

Bahan dan Peralatan.

Ayak BSI saiz-saiz berikut (mm):
37.5, 28.0, 20.0, 14.0, 10.0, 5.0, 3.35, 2.36, 1.18, 0.60, 0.425, 0.30, 0.150, 0.075
Alat Penggetar Ayak
Penimbang
Batu baur kasar (batu baur)
Batu baur halus (pasir)

Langkah Kerja

i. Batu baur kasar:
Dapatkan lebih kurang 2 kg batu baur kasar dari timbunan sampel batu baur kasar 10 kg. Timbang sampel kepada gram yang terhampir.
Susun semua ayak dengan betul dan letakkan mereka di atas penggetar ayak. Masukkan agregat ke dalam ayak yang teratas dan ayak selama 5 minit.
Timbang batu baur kasar yang tertahan di dalam tiap-tiap ayak dan di dalam dulang (pan).
Jika jumlah jisim asal lebih daripada 1% daripada jumlah jisim terayak, ulang ujikaji dengan menggunakan sampel yang lain. Pastikan jisim batu baur kasar yang tertahan pada setiap ayak tidak melebihi had maksimum yang dinyatakan oleh BSI.
Kirakan peratusan agregat yang melepasi tiap-tiap ayak
Plotkan garis lengkung penggredan.

ii. Batu baur halus
Daripada kurang lebih 2 kg pasir dapatkan 500 g sampel.
Aturkan ayak-ayak mengikut susunan yang betul dan letakkan di atas penggetar ayak. Masukkan sampel ke dalam ayak dan ayak selama 5 minit.
Timbang pasir yang tertahan di dalam setiap ayak dan dulang (pan). Jika jumlah jisim sampel yang telah diayak berbeza dengan jisim asal lebih daripada 1%, jalankan ujian ke atas sampel yang lain. Pastikan jisim pasir yang tertahan pada setiap ayak tidak melebihi had maksimum yang dinyatakan oleh BSI.
Kirakan peratusan sampel yang melepasi tiap-tiap ayak. Lukiskan lengkung penggredan.


UJIAN GRAVITI TENTU DAN KADAR PENYERAPAN AIR

Tujuan
Untuk menentukan ciri-ciri fizikal agregat yang diperlukan di dalam reka bentuk campur asfalt.

Bahan dan Peralatan

Baldi
Oven
Raga dawai
Penimbang
Kain penyerap air
Batu baur kasar dan batu baur halus
Dulang
Piknometer
Pengering rambut
Air suling
Rod pemadat dan acuan kon

Langkah Kerja

i. Batu baur kasar
Basuh sampel untuk membuang partikel-partikel halus dan debu. Rendam sampel selama 24 jam pada suhu bilik.
Masukkan sampel yang telah direndam ke dalm raga dawai dan tenggelamkan di dalam air. Pastikan bahawa raga berada 50 mm di bawah permukaan air.
Buangkan udara yang terperangkap dengan mengangkat dan menjatuhkan raga 25 kali pada kadar 1 jatuhan sesaat. Semasa operasi ini, raga dan batu baur kasar mestilah berada di bawah permukaan air.
Timbang raga yang berisi agregat ketika tenggelam di dalam air (W1¬).
Keluarkan agregat dan keringkan kepada permukaan kering tepu menggunakan kain.
Timbang raga (tanpa batu baur kasar) ketika tenggelam di dalam air (W2).
Masukkan agregat yang berkeadaan permukaan kering tepu di dalam dulang dan timbang (W3).
Masukkan dulang yang berisi batu baur kasar ke dalam oven pada suhu 105 ± 5°C selama 24 jam.
Keluarkan dulang dan batu baur kasar daripada oven dan timbang (W4). Kosongkan dulang dan dapatkan jisim dulang (W5).
Kirakan graviti tentu dan penyerapan menggunakan formula berikut: 



ii. Batu baur halus

Timbang piknometer semasa kosong dan apabila penuh dengan air suling (C).
Masukkan kurang lebih 500 g sampel yang telah direndam di dalam air selama 24 jam ke dalam piknometer. Penuhkan piknometer dengan air suling dan dapatkan jisimnya (B).
Buangkan air dan masukkan sampel ke dalam dulang. Selerakkan sampel dan keringkan menggunakan pengering rambut sehingga keadaan permukaan kering tepu (saturated surface dry) didapati. Keadaan ini ditentukan dengan memasukkan sampel ke dalam acuan kon dan dipadatkan 25 kali dengan rod pemadat. Jika terdapat lembapan yang berlebihan, pasir tersebut akan mengekalkan bentuknya bila acuan dibuang.
Timbang sampel dan dulang dan dapatkan jisim sampel pada keadaan permukaan kering tepu (A).
Masukkan sampel ke dalam oven pada suhu 105 ± 5°C selama 24 jam. Dapatkan jisim sampel selepas dikeringkan (D).
Kirakan graviti tentu pukal menggunakan berikut:




Tiada ulasan:

Catat Ulasan