Selasa, 19 Jun 2018

PENGUJIAN UNTUK KONKRIT

KONKRIT

Konkrit ialah bahan yang dihasilkan daripada campuran simen, batu baur halus, batu baur kasar dan air mengikut kadar campuran yang tertentu dan dibiarkan mengeras untuk membentuk struktur tertentu.
Selain itu, bahan tambah juga digunakan untuk menghasilkan konkrit yang bersifat tertentu seperti cepat mengeras, lambat mengeras, tahan sulfat dan sebagainya.
Proses konkrit berlaku hasil daripada tindak balas kimia antara simen dengan air yang bertindak mengikat batu baur dalam masa yang panjang dan berterusan.
Konkrit digunakan secara meluas dalam pembinaan seperti struktur bangunan, pembinaan jambatan, empangan, jalan raya, sistem pembentungan dan struktur pelabuhan. 

JENIS UJIAN UNTUK KONKRIT

UJIAN PENURUNAN

Ujian penurunan biasa dilakukan untuk mengukur kebolehkerjaan konkrit. Ujian ini perlu dilakukan sebelum konkrit boleh dituang kepada struktur bangunan.

Alat dan Bahan:

Ferastem (kon terbalik) berbentuk kon setinggi 300 mm. Diameter bahagian atas ialah 100 mm dan diameter bahagian bawah ialah 200 mm. terdapat dua pemegang pada sisinya.
Rod pemadat diperbuat daripada keluli. Rod ini berdiameter 16 mm.
Pembaris keluli
Plat tapak
Sudip 


Keputusan:

Terdapat tiga jenis runtuhan yang selalu berlaku ialah penurunan sebenar, penurunan ricih dan penurunan runtuh seperti yang ditunjukkan dalam rajah di bawah.


Keputusan ujian penurunan dipengaruhi oleh faktor yang berikut:

Nisbah air simen yang digunakan.
Masa yang diambil selepas konkrit dibancuh. Bahan perlu segera diuji bagi mengelakkan air terhidrat.
Alat yang digunakan perlulah berkeadaan baik, bersih dan kering.
Jadual di bawah menunjukkan kadar penurunan mengikut kegunaan konkrit.

Kadar penurunan mengikut kegunaan konkrit 



UJIAN KIUB / UJIAN MAMPATAN

Ujian kiub dilakukan untuk menguji kekuatan mampatan yang mampu ditanggung oleh konkrit apabila dikenakan beban ke atasnya.


Alat dan Bahan:

I. Acuan kiub konkrit berukuran 150 mm atau 100 mm. Ia digunakan bagi batu baur yang bersaiz tidak melebihi 40 mm dan 25 mm. Acuan kiub untuk ujian hendaklah diperbuat daripada keluli atau besi tuang dengan permukaan dalam yang licin. Setiap acuan mestilah mempunyai plat tapak daripada keluli untuk menyokong dan mengelakkan kebocoran.
II. Rod pemadat diperbuat daripada keluli berdiameter 16 mm dan panjangnya 600 mm.
III. Mesin ujian mampatan.


LANGKAH KERJA



Keputusan:

Nilai keputusan setiap kiub hendaklah dicatatkan dan dibandingkan dengan nilai kekuatan yang dikehendaki.
Tujuan ujian konkrit 7 hari dan 14 hari dilakukan adalah untuk meramal sama ada kekuatan yang dikehendaki pada 28 hari boleh dicapai atau tidak. Umumnya, konkrit telah mencapai kekuatan 70% pada hari yang ketujuh. 



Ujian Tanpa Musnah Konkrit (Non-Destructive Testing)

Ujian tanpa musnah adalah suatu kaedah untuk mengukur pelbagai sifat konkrit tanpa memusnahkan konkrit tersebut semasa proses mengukur.
Ujian ini dijalankan adalah untuk menganggarkan ciri konkrit seperti kekuatan, ketumpatan dan modulus kekenyalan statik.
Antara ujian tanpa musnah yang biasa dijalankan ialah:


Ujian Gelombang Denyut Ultrasonik (In Situ Ultrasonic Pulse Velocity Measurement)

Tujuan ujian ini dijalankan untuk mengenal pasti kualiti konkrit dengan mengukur kelajuan denyut. Sekiranya terdapat lompong, sarang lebah, keretakan, kedalaman rekahan dan pengasingan di dalam konkrit.
Keputusan bacaan kelajuan halaju denyut menunjukkan kualiti konkrit tersebut.

Kualiti Konkrit
 Halaju Denyut (m/s)
Kualiti Konkrit
Melebihi 4500
Sangat baik
3600 – 4500
Baik
3000 – 3600
Boleh dipersoalkan
2100 – 3000
Bermutu rendah
Kurang 2100
Sangat bermutu rendah



 Ujian Keupayaan Elektrik Sel Separa (Half Cell Potential )

Tujuan ujian ini dijalankan untuk mengesan sebarang pengaratan tetulang keluli yang ditanam di dalam konkrit tanpa membuang keseluruhan penutup konkrit (concrete cover).
Digunakan untuk menentukan kedudukan kakisan klorida pada tetulang keluli dalam konkrit dan tahap kerosakan yang dialami.
Arus dari tetulang keluli disalirkan ke terminal positif di voltmeter manakala hujung wayar plumbun disalurkan ke sel separa dan hujung satu lagi kepada terminal negatif voltmeter. Rajah di bawah menunjukkan keputusan perbezaan nilai pengaratan tetulang.

Pengaratan Tetulang
 Perbezaan Nilai (mV)
Pengaratan Tetulang (%)
Kurang -500
Tetulang telah karat
-350 hingga -500
95%
-200 hingga -350
50%
Melebihi -350
5%



Ujian Tukul Anjal (Rebound Hardness Test)

Ujian ini dikenali sebagai ujian Schmidt, ujian tukul pantulan atau tukul hentaman.Tujuan ujian ini dijalankan untuk mengukur kekuatan mampatan konkrit di permukaan.
Ujian ini berdasarkan prinsip bahawa pantulan jisim anjal bergantung pada kekerasan permukaan yang dihentam oleh jisim itu.



Alat dan Bahan

Alat tukul anjal (Schmidt)



Langkah Kerja:

1. Letakkan tukul anjal ke atas konkrit dinding yang ingin diuji.
2. Tukul anjal ditekan dengan keadaan sudut 90 darjah ke permukaan konkrit.
3. Tekan butang untuk memegang spring anjal di dalamnya. Baca nombor anjal, R diambil dari indikator pada tukul anjal.
4. Ulangi sebanyak 5 – 12 kali hentakan dan dapatkan nombor anjal purata sebelum merujuk kepada graf calibration curve yang telah disediakan pada alat tukul anjal.
5. Rujuk kepada graf calibration curve untuk membaca anggaran kekuatan mampatan di permukaan konkrit.


Keputusan:

Jumlah purata nombor anjal direkodkan. Menurut jadual di bawah menunjukkan semakin besar purata nombor anjal maka semakin tinggi kekuatan konkrit.

Perbezaan Kualiti Konkrit
Purata Nombor Anjal
Kualiti Konkrit
>40
Lapisan konkrit keras yang sangat baik
30 to 40
Lapisan konkrit yang baik
20 to 30
Sama rata
<20
Lapisan konkrit yang lemah
0
Lapisan konkrit disingkirkan (delaminated)








Tiada ulasan:

Catat Ulasan