Ahad, 26 November 2017

KERJA KONKRIT

BAHAN KONKRIT


Bahan utama konkrit ialah simen, batu baur halus, batu baur kasar dan air. Bagi tujuan tertantu, bahan konkrit boleh dicampur dengan bahan tambahan (admixture).


· Simen


Bahan utama simen terdiri daripada batu kapur dan silika. Simen yang biasa terdapat di pasaran ialah Simen Portland. Jadual dibawah menunjukkan jenis Simen Portland .


JENIS SIMEN PORTLAND
JENIS
KETERANGAN
Simen Portland biasa
· Digunakan secara meluas dalam industri pembinaan
Simen Portland cepat keras
· Digunakan untuk pembinaan yang memerlukan kekuatan yang cepat seperti pembinaan asas
Simen Portland Haba Rendah
· Digunakan untuk binaan seperti empangan, tembok penahan dan jambatan
Simen Portland Putih
· Digunakan untuk kerja kemasan jubin, terazzo dan marmar
Simen Portland Lebih Alumina
· Digunakan untuk binaan di tepi laut, kawasan bersulfat dan berasid
Simen Portland Warna
· Digunakan untuk kemasan lepaan


· Batu baur halus

Batu baur halus atau pasir mempunyai saiz tidak melebihi 5mm. batu baur halus ini boleh didapati di sungai, lombong atau kuari. Bagi pembinaan konkrit, batu baur halus yang akan digunakan perlu dipastikan tidak mengandungi benda asing.


· Batu baur kasar

Batu baur kasar berdiameter melebihi 5mm. batu baur kasar ini mestilah bebas daripada benda asing yang mempengaruhi kekuatannya. Jadual di bawah menunjukkan kualiti batu baur  yang baik.

KUALITI BATU BAUR YANG BAIK
SIFAT
KETERANGAN
Bentuk butiran
Bentuk yang tidak sekata mampu menghasilkan konkrit yang mempunyai ikatan yang kuat
Tekstur
Tekstur kasar menghasilkan konkrit yang mempunyai ikatan yang kuat
Kekuatan
Boleh mempengaruhi kekuatan dan ketahanlasakan konkrit
Ketelapan
Berupaya menyerap air
kelengaian
Batu baur yang bersifat lengai tidak akan bertindak balas dengan simen



BAHAN ASAS UNTUK KERJA KONKRIT

· Air

Air bertindak balas dengan simen sebagai pemangkin dan melitupi setiap permukaan batu baur untuk memberikan daya lekatan antara batu baur. Air juga bertindak untuk menentukan kebolehkerjaan (workability)bagi konkrit.

· Bahan Tambah

Bahan tambah ialah bahan yang ditambahkan pada campuran konkrit. Ini bertujuan untuk meningkatkan sifat konkrit supaya mencapai tujuan yang diperlukan untuk sesuatu pembinaan. Penggunaan bahan tambahan akan dapat membantu mencapai hasil kerja dengan cepat, baik, berkualiti tinggi, menambahkan kekuatan dan ketahanlasakan konkrit. Jadual di bawah menunjukkan jenis bahan tambah.


JENIS BAHAN TAMBAH
JENIS
KETERANGAN
Pencepat (accelerator)
· Mempercepatkan kadar pengerasan awal konkrit
· Bahan asas ialah kalsium klorida
· Boleh menyebabkan kakisan pada tetulang
Pemudah adun (plasticizer)
· Mempertingkatkan kejeleketan konkrit
· Bahan asas ialah natrium glukonat atau kalsium lingo sulfurat
· Digunakan untuk konkrit kekuatan tinggi
Pelambat (retarder)
· Melambatkan masa pengerasan awal konkrit sehingga 1 jam
· Digunakan di kawasan iklim panas melampau
· Membantu mengurangkan penjujuhan (bleeding) dan pengecutan kering


Selain itu, terdapat juga bahan tambahan lain yang digunakan seperti perangkap udara (air-entraining admixtures), bahan penangkis air (water reducer), agen kalis lembap, abu terbang (fly ash), silica fume, abu industry kayu getah (timber industries Ash-TIA), bahan pozzalana dan latex modified concrete.


CIRI-CIRI KONKRIT

Sebagai bahan binaan yang penting, konkrit mempunyai cirinya yang tertentu. Konkrit yang masih basah dikenali dengan konkrit baharu atau konkrit segar dan konkrit yang sudah keras dikenali sebagai konkrit terkeras. Ciri utama konkrit baharu ialah kebolehkerjaan dan konkrit terkeras ialah kekuatan dan ketahanlasakan.

1. Kekuatan

Konkrit terkeras mempunyai kekuatan mampatan yang tinggi, kekuatan mampatan konkrit ialah bahan mampatan maksimum yang boleh ditanggung per unit luas. Kekuatan konkrit yang tinggi boleh dicapai dengan menggunakan bahan yang bermutu, nisbah bancuhan dan kaedah penyediaan yang betul. Selain itu, proses kuring juga boleh mempengaruhi kekuatan konkrit. Faktor yang mempengaruhi kekuatan konkrit adalah seperti yang berikut:
a) Kehalusan dan komposisi simen yang digunakan
b) Sifat batu baur yang digunakan
c) Nisbah air simen
d) Kaedah penempatan konkrit
e) Kaedah pemadatan konkrit yang dilakukan
f) Suhu persekitaran semasa kerja menempatkan konkrit
g) Kaedah kuring yang dilakukan

2. Kebolehkerjaan (workability)

Kebolehkerjaan ialah sifat konkrit sama ada senang atau susah untuk dikendalikan dari peringkat membancuh sehingga ke peringkat pemadatan. Pengukuran bagi kebolehkerjaan konkrit ialah dengan melaksanakan ujian kebolehkerjaan konkrit, iaitu ujian penurunan, ujian faktor pemadatan dan ujian kekonsistenan Vebe.

Kebolehkerjaan ini sangat penting dalam kerja konkrit seperti dalam pengendalian konkrit baharu yang melibatkan kerja membancuh, menggaul, mengangkut, menuang dan memadat konkrit. Kebolehkerjaan bagi konkrit diukur berdasrkan tiga ciri utama. 


CIRI UTAMA PENGUKURAN KEBOLEHKERJAAN BAGI KONKRIT
CIRI-CIRI
KETERANGAN
A. Ketekalan
Ukuran kebasahan dan kebendaliran konkrit
B. kemudahgerakan
Kebolehan bancuhan konkrit mengalir dengan mudah dan memenuhi kotak bentuk.
C. kebolehpadatan
Kebolehan bancuhan konkrit dipadatkan sepenuhnya dalam masa yang singkat


3. ketahanlasakan (Durability)

ketahanlasakan ialah rintangan kemerosotan kekuatan konkrit akibat daripada faktor luaran seperti tindakan fizikal dan tindak balas kimia. Faktor dalaman yang mempengaruhi ialah tindak balas alkali silica yang sedia ada dalam konkrit. Nisbah dan kualiti bancuhan yang digunakan mempengaruhi ketahanlasakan konkrit terhadap perubahan cuaca, serangan kimia dan api. Penyerapan air dan kebolehtelapan yang tinggi juga akan mempengaruhi ketahanlasakan konkrit.


BANCUHAN KONKRIT


A. NISBAH BANCUHAN KONKRIT


Bancuhan konkrit dibuat selepas nisbah bancuhannya ditentukan. Nisbah bancuhan ini ialah campuran antara simen, batu baur halus, batu baur kasar dan air.


Penggunaan air dalam bancuhan ini dikenali dengan nisbah air simen, iaitu berat air per berat simen yang digunakan. Nisbah bancuhan konkrit ini depengaruhi oleh jenis binaan seperti yang terdapat dalam jadual di bawah.


NISBAH BANCUHAN DAN JENIS BINAAN
NISBAH BANCUHAN
KEKUATAN MAMPATAN KONKRIT PADA HARI KE-28 (N/mm2)
JENIS BAHAN
1:3:6 (Gred 15)
15.0
Lantai tanpa tetulang dan konkrit jisim
1:2:4 (Gred 20)
21.0
Konkrit bertetulang seperti struktur berangka seperti tiang dan rasuk
1:1½:3  (Gred 25)
25.5
Tangki air atau takungan air
1:1:2 (Gred 30)
30.0
Konkrit prategasan





Nisbah bancuhan konkrit ini terbahagi kepada dua, seperti yang terdapat dalam jadual di bawah.


NISBAH BANCUHAN KONKRIT
NISBAH BANCUHAN
KETERANGAN
Nisbah bancuhan konkrit nominal
· Nisbah bancuhan yang biasa ialah 1:2:4 dan 1:3:6
· Pengukuran/penyukatan bahan menggunakan kaedah isi padu atau berat
· Menggunakan cara tangan (kaedah insane) atau mesin
· Bancuhan dibuat di tapak pembinaan
Nisbah bancuhan konkrit direka bentuk (concrete mixed design)
· Nisbah bancuhan adalah mengikut gred seperti gred 15, 20 dan 25 mengikut keperluan reka bentuk
· Dikenali juga dengan konkrit siap bncuh (ready mixed)
· Bancuhan dibuat di loji khas
· Sesuai digunakan untuk projek pembinaan konkrit seperti jambatan, jalan raya dan lantai.


B. CARA MENYUKAT NISBAH BANCUHAN


Terdapat dua cara untuk menyukat nisbah bancuhan, iaitu melalui kaedah reka bentuk bancuhan konkrit bagi konkrit siap bancuh dan kaedah nominal. Kaedah nominal terbahagi kepada dua, iaitu kaedah isi padu dan kaedah berat.


1) Kaedah isi padu

Kaedah ini mengambil kira isi padu konkrit yang perlu dihasilkan

2) Kaedah berat

Kaedah ini menggunakan timbangan berat bagi mendapatkan jumlah bahan yang digunakan untuk konkrit



C. KAEDAH MEMBANCUH KONKRIT

Konkrit dibancuh dengan menggaulkan semua bahan yang telah ditentukan. Beberapa cara membancuh boleh dipraktikkan mengikut keperluan kerja tersebut. Terdapat tiga kaedah membancuh konkrit, iaitu cara tangan, cara mesin, dan konkrit siap dibancuh (ready mixed)

1. Cara tangan/ kaedah insani/ tenaga manusia


a) Digunakan untuk kerja kecil
b) Biasanya disukat menggunakan kotak sukat
c) Dilakukan di permukaan rata dan tidak telap air


2. Cara mesin

a) Cepat
b) Jenis mesin yang digunakan
i. Mesin campur jungkit
ii. Mesin campur tetap



3. Konkrit siap bancuh/ ready mixed

a) Dibancuh di loji
b) Dihantar di tapak binaan menggunakan lori berdram
c) Sesuai digunakan untuk kerja konkrit bagi projek yang besar.



KAEDAH MENEMPATKAN KONKRIT


Konkrit yang telah siap dibancuh akan ditempatkan ke dalam kotak bentuk seperti tiang dan rasuk. Konkrit hendaklah dituang ke tempat yang dikehendaki dengan secepat mungkin selepas dibancuh dan perlu dipadatkan sepenuhnya.   
                                                                    
                                                                                                                 
A. Menuang konkrit

Kaedah penuangan konkrit boleh dilakukan dengan kaedah mesin dan insani bergantung pada saiz struktur atau binaan. Penuangan dengan kaedah insani lazimnya menggunakan baldi jurubina, kerata sorong dan papan gelongsor. Bagi kaedah penuangan menggunakan mesin, biasanya menggunakan loji seperti crane bucket atau pam konkrit bergerak.ketinggian konkrit semasa penuangan yang dibuat hendaklah tidah melebihi 1500mm badi mengelakkan pengasingan bahan berlaku. Lapisan bagi penuangan antara 300mm hingga 450mm perlu dipadatkan terlebih dahulu sebelum penuangan disambung semula.              
                             
B. Memadat konkrit

Pemadatan konkrit dilakukan untuk mengeluarkan udara yang terperangkap dalam konkrit. Kandungan udara dalam konkrit boleh menyebabkan:

1) Kekuatan dan ketahanlasakan konkrit lemah
2) Mengurangkan sifat ketelapan konkrit
3) Daya kekuatan antara konkrit dan tetulang lemah
4) Terjadinya lubang seni dan sarang lebah (honey comb)

Konkrit perlu dipadatkan dengan sempurna untuk menghasilkan konkrit padu yang mempunyai kekuatan dan ketahanlasakan yang tinggi. Pemadatan dilakukan dengan beberapa kaedah yang lazimnya digunakan iaitu:

1. Menggunakan tangan

a. Sesuai digunakan untuk kerja kecil dan tidak kompleks seperti rasuk dan tiang
b. Menggunakan kayu atau rod keluli sebagai pemadat
c. Kaedah ketukan dengan tukul besi pada bahagian kotak bentuk juga boleh digunakan

2. Menggunakan mesin penggetar

a. Sesuai digunakan untuk semua jenis bahan
b. Menggunakan mesin penggetar berjentera
c. Pemadatan dapat dilakukan dengan lebih berkesan
            

C. Kuring

Kuring ialah proses pengawetan konkrit, iaitu mengawal kehilangan air secara mendadak pada konkrit yang telah ditempatkan. Tujuan proses kuring dilakukan adalah untuk mengelakan pengecutan berlaku secara tiba-tiba yang boleh menyebabkan keretakan. Proses kuring boleh dilakukan secara berterusan sekurang-kurangnya 14 hari. Jadual di bawah menunjukkan kaedah yang digunakan dalam proses kuring.

KAEDAH YANG DIGUNAKAN DALAM PROSES KURING
KAEDAH
KETERANGAN
Kuring lembap
Mengawal lembapan secara berterusan dengan menutup permukaan konkrit menggunakan guni jerami basah, habuk kayu, pasir lembap atau bahan lain yang boleh mengekalkan lembapan
Kuring selaput
Menyapu bahan kimia atau bahan pengawet khas yang membentuk lapisan satu selaput bertujuan mengelakkan air daripada tersejat. Bahan yang lazimnya digunakan ialah emulsi bitumen, sebatian silica dan sebatian putih atau pigmen putih



  

2 ulasan: