Ahad, 17 Jun 2018

SURAT HASRAT DAN SURAT SETUJU TERIMA

PENGENALAN

Surat hasrat ialah surat yang dibuat oleh klien untuk diberikan kepada kontraktor yang telah berjaya atau yang telah terpilih untuk melaksanakan projek. Surat hasrat bertujuan untuk memberi tahu kepada kontraktor bahawa tawaran yang dibuat telah diterima atau berjaya dan kontraktor tersebut dipilih untuk melaksanakan projek tersebut.

Setelah surat hasrat telah keluar kontraktor yang telah menerima surat hasrat daripada klien perlu membalas surat tersebut dengan menghantar surat setuju terima kepada klien. Surat setuju terima adalah surat yang dibuat oleh kontraktor untuk diberikan kepada klien. Surat setuju terima bertujuan untuk memberi maklum balas kepada klien bahawa kontraktor yang dipilih telah menerima tawaran untuk melaksanakan projek tersebut.


SURAT HASRAT

Surat hasrat iaitu surat kepada kontraktor yang kandungannya meliputi hasrat untuk menerima tawaran kontraktor tersebut tertakluk kepada syarat-syarat dan keperluan-keperluan kerajaan yang mesti dipatuhi oleh kontraktor melalui rundingan atau cara lain. Surat ini tidak mengikat antara klien dengan kontraktor kepada satu perjanjian bahawa satu kontrak telah wujud.


SURAT SETUJU TERIMA

Surat setuju terima adalah surat yang dibuat oleh kontraktor untuk diberikan kepada klien. Surat setuju terima bertujuan untuk memberi maklum balas kepada klien bahawa kontraktor yang dipilih telah menerima tawaran untuk melaksanakan projek tersebut. Apabila surat ini telah dihantar kepada klien satu ikatan kontrak telah wujud antara kontraktor dengan klien. Oleh itu, dokumen tawaran atau dokumen tender telah bertukar menjadi dokumen kontrak.

  
PENUTUP

Didalam folio ini membincangkan tentang surat hasrat dan surat setuju terima. Surat hasrat ialah surat yang dibuat oleh klien untuk diberikan kepada kontraktor yang telah berjaya atau yang telah terpilih untuk melaksanakan projek. Surat hasrat bertujuan untuk memberi tahu kepada kontraktor bahawa tawaran yang dibuat telah diterima atau berjaya dan kontraktor tersebut dipilih untuk melaksanakan projek tersebut.

Setelah surat hasrat telah keluar kontraktor yang telah menerima surat hasrat daripada klien perlu membalas surat tersebut dengan menghantar surat setuju terima kepada klien. Surat setuju terima adalah surat yang dibuat oleh kontraktor untuk diberikan kepada klien. Surat setuju terima bertujuan untuk memberi maklum balas kepada klien bahawa kontraktor yang dipilih telah menerima tawaran untuk melaksanakan projek tersebut.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan