Ahad, 17 Jun 2018

CARA PEMILIHAN KONTRAKTOR

PENGENALAN

Dalam kerja membuat ubahsuai bangunan atau membina bangunan baru, pemilihan kontraktor yang betul adalah faktor penyebab yang mempengaruhi kelancaran pembinaan sesebuah bangunan.

Jika pemilihan kontraktor dilaksanakan dengan cara yang betul maka pratus untuk sesebuah projek pembinaan itu untuk gagal adalah sedikit. Pemilihan kontraktor dibuat bukan sahaja menilai pada satu sudut sahaja tetapi pemilihan kontraktor perlulah dilakukan dengan teliti dan menilai keseluruhan tentang kontraktor tersebut. Didalam folio ini membincangkan cara pemilihan kontraktor yang betul.

CARA PEMILIHAN KONTRAKTOR

Untuk memilih kontraktor yang betul klien atau pelanggan perlulan menilai kontraktor tersebut dengan terliti dan membuat perbandingan diantara kontraktor-kontraktor yang bakal melaksanakan projek tersebut. Perkara-perkara yang perlu dinilai oleh klien atau pelanggan ialah:-

1. Lesin

Dalam memilih kontraktor, perkara yang kontraktor perlu ada ialah lesin.

Kontraktor perlu mempunyai pendaftaran yang masih berkuat kuasa seperti berikut:-

Ø Berdaftar dengan Pusat Khidmat Kontraktor (PKK) dan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan (CIDB) dan berdaftar dengan PUKONSA.

Memiliki sijil pendaftaran bergiat sepenuh masa sebagai kontraktor.


2. Pengalaman kerja

Mengkaji kerja-kerja yang pernah dilakukan oleh kontraktor tersebut. Berapa lama syarikat kontraktor tersebut telah ditubuhkan. Adakah baru ditubuhkan atau sudah lama ditubuhkan. Kebiasaannya syarikat kontraktor yang sudah lama ditubuhkan adalah kontraktor yang berpengalaman dalam dunia pembinaan.


3. Bilangan pekerja

Mengkaji berapa ramai bilangan pekerja yang berada di dalam syarikat kontraktor tersebut. Berapa orang pekerja yang profesional di dalam syarikat tersebut. Profesional dalam pembinaan ialah arkitek, jurutera struktur, jurutera mekanikel, jurutera awam, juru ukur bahan dan sebagainya. 


4. Latar belakang syarikat

Klien atau pelanggan perlu mengkaji latar belakan syarikat kontraktor tersebut untuk memastikan kontraktor tersebut bebas daripada jenayah seperti rasuah, pecah amanah, dan lain-lain. Tujuan ianya dilakukan adalah untuk mengelakkan kontrak diberikan kepada kontraktor yang salah.


5. Penyata akaun bank

Penyata akaun bank syarikat kontraktor perlu dikaji oleh klien untuk mengetahui bahawa kontraktor tersebut dalam keadaan yang baik atau tidak untuk melaksanakan projek. Penyataan akaun bank perlu dikaji untuk beberapa bulan yang lepas atau pun tahun untuk memastikan bahawa jumlah wang di dalam akaun bank syarikat kontraktor tersebut betul-betul milik syarikat kontraktor tersebut. Bukannya duit tersebut dari sumber-sumber yang lain.


6. Collateral (jaminan)

Kontraktor yang dipilih perlulah boleh memberi jaminan yang jelas kepada pelanggan. Jaminan bermaksud cagaran yang membuktikan kontraktor tersebut mampu untuk mencapai apa yang telah dijanjikan.


7. Capacity (kemampuan)

Kemampuan merujuk pada kekuatan kontraktor untuk melakukan projek serta memberi hasil kerja yang baik. Adakah kontraktor yang dipilih mampu untuk menyiapkan projek dalam temboh masaya yang diberikan.
  

8. Projek lepas

Projek lepas merujuk pada sejarah projek-projek yang pernah dikelolakan oleh kontraktor.
Ø Projek paling akhir : kaji bagaimana projek-projek yang paling akhir ditangani kontraktor tersebut. Adakah projek tersebut dapat disiapkan pada masa yang ditetapkan.
Ø Projek yang terbengkalai : kaji adakah projek yang dikelolakan oleh kontraktor tersebut pernah terbengkalai. Kenal pasti berapa bilangan projek yang dikelolakan oleh kontraktor tersebut terbengkalai.


PENUTUP

Pemilihan kontraktor yang tepat dapat memudahkan proses pembinaan sesebuah projek. Pastikan sebelum melantik mana-mana kontraktor klien atau pelanggan perlu mebuat penilaian atau kajian berkenaan kontraktor tersebut.

Pemilihan kontraktor yang betul penting agar projek yang dibina dapat disiapkan mengikut masa yang ditetapkan. Jika pemilihan kontraktor dilakukan dengan betul peratus sesebuah projek pembinaan untuk gagal adalah sedikit.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan