Ahad, 3 September 2017

TERAZO







PENGENALA KEPADA TERAZO

Terazzo ialah salah satu kemasan lantai atau tembok yang amat digemari kerana permukaanya yang cantik, licin,dan berkilau serta terdapat dalam beberapa warna yang sangat menarik.


Terazo diperbuat daripada serpihan batu marmar yang kecil, dibancuh dengan simen dan mukanya diasah sehingga licin dan berkilat.


CARA MEMBUAT TERAZO

Lantai terazo boleh dibuat dengan 2 cara iaitu:-
1. Per-cast terazo (tuang-dahulu)

Terazo dibuat di kilang dan dihantar ke tapak bina

2. Cast-in-situ (tuang-di-situ)


Terazo dibuat ditapak bina

ALAT YANG DIGUNAKAN UNTUK MEMBUAT TERAZO

1. Sudip bata
2. Baldi
3. Paku konkrit
4. Benang
5. Mesin Pencanai Terazo
6. Tukul
7. Pemaras keluli
8. Pemaras kayu
9. Pemaras kayu panjang

BAHAN YANG DIGUNAKAN UNTUK MEMBUAT TERAZO

1. Simen portland
2. Simen putih 
3. Terazor 
4. Paku konkrit
5. Asid oksalik 


LANGKAH KERJA

1. Menyediakan bahan dan peralatan

2. Merancang kerja untuk membuat terazo

3. Membancuh bahan iaitu:-

Dalam pembinaan lantai terazo, nisbah bancuhan batu-batu marmar dan simen adalah bergantung kepada saiz batu marmar:

Saiz batu marmar sehingga 10 mm – bancuhan 1:2
Saiz batu marmar sehingga 12 mm – bancuhan 1:3


4. Menebar dan meratakan bahan yang telah siap dibancuh tadi. pengawetan hendaklah dilakukan sebaik sahaja terazo mengeras.

5. Kerja pencanaian boleh dilakukan 36 jam selepas lantai itu dibuat. Bermula dengan batu asah gred kasar (No 24) lantai itu dicanai pula dengan mesin canai sehingga rata dan kelihatan bentuk asal batu marmar pada keseluruhan permukaannya.

6. Lantai tersebut dibersihkan dan lubang-lubang halus ditampal dengan turapan simen yang sama warnanya.

7. Kerja pencanaian  kali kedua dilakukan dengan menggunakan batu asah gred (No120/150) dilakukan selepas diawetkan selama 5-7 hari


8. Sekali lagi, lantai dibersihkan dan ditampal lubang-lubang halus dan diawet selama 2-3 hari.

9. Kerja pencanaian kali ketiga lantai digosok dengan batu halus (gred No 350) bersama asid oksalik dan air sehingga bersih dan berkilat

10. Membersihkan peralatan dan kawasan kerja


11. Patuhi peraturan keselamatan peralatan dan mesin


KELEBIHAN TERAZO

1. Rupa yang cantik

2. Keselesaan

3. Dapat menyerap bunyi


4. Mudah didapati


KEKURANGAN TERAZO

1. kurang sesuai untuk bilik air, dapur, dan tempat-tempat yang lembap, sebab muka terazo menjadi gelincir jika terkena air dan mudah diserang asid atau alkali.

2. Kerja pemasangan yang rumit.




TERIMA KASIH KERANA MEMBACA









Tiada ulasan:

Catat Ulasan