Ahad, 3 September 2017

MELEPA / PLASTERING





PENGENALAN KEPADA  MELEPA

Melepa ialah satu cara untuk menutup suatu permukaan dengan menggunakan mortar atau bancuhan simen cair, kapur cair, atau bancuhan gipsum. Ianya di lakukan untuk menutup kecacatan pada permukaan asal sesuatu benaan. Teknik kerja melepa memerlukan kecekapan, kekuatan dan kelembutan tangan serta pemikiran yang tenang untuk menghasilkan kerja yang bermutu.

Melepa bertujuan untuk menyerlahkan lagi kecantikan, memberikan perlindungan pada dinding atau tembok yang dibina itu sendiri. Dalam kerja melepa terdapat 2 - 3 lapisan iaitu lapisan asas, laisan pertengahan dan lapisan kemasan atau lapisan asas dan lapisan kemasan. Terdapat beberapa lapisan kemasan yang boleh dibuat iaitu:

1.Kemasan muka pasir
2.Kemasan licin 
3.Kemasan kerutu
4.Kemasan batu shanghai  


TUJUAN MELEPA

1. Untuk menutup kerja-kerja awal tembok atau dinding yang kurang elok

2. Untuk menutup bahan tembok atau dinding yang rendah mutunya

3. Untuk kelihatan bermutu tinggi

4. Untuk memberikan alas yang sesuai untuk mengecat

5. Untuk memberikan permukaan tembok atau dinding yang cantik, lurus, rata dan licin


BAHAN UNTUK MELEPA SILING

Bahan yang boleh digunakan dalam kerja melepa siling ialah:

NAMA
PENERANGAN
Lepa kapur
· Lepa kapur adalah campuran kapur, pasir dan serabut
Lepa simen
· Lepa simen adalah campuran simen dan pasir dengan nisbah 1:2
· Untuk memudahkan kerja lepa simen sedikit kapur boleh ditambahkan
Lepa tyrolen
· Lepa tyrolen adalah campuran kapur, simen dan pasir.
·  menggunakan mesin kemasan kerutu
· Campuran simen dan pasir dibancuh dengan nisbah 1:4 dan dicampurkan dengan kapur yang banyak
Lepa gip sum
· Lepa gip sum adalah diperbuat daripada campuran kapur dan gip sum



LATAN UNTUK MELEPA SILING

1. PEMARAS KELULI
2. PEMENGANG MOTAR
3. BALDI
4. SKRAPER
5. PENYODOK



LANGKAH KERJA MELEPA SILING


LANGKAH KERJA
PENERANGAN
Sediakan kelengkapan iaitu memasang peranca
· Memilih dan memasang peranca yang sesuai digunakan untuk melepa siling
Menyediakan alat untuk melepa siling
· Menyediakan alat yang secukupnya
Menyediakan bahan
· Sediakan bahan melepa siling sama ada lepa simen, lepa kapur, lepa tyrolen atau lepa gip sum
Menyediakan permukaan siling
· Sediakan permukaan siling dengan membuang segala benda asing pada siling
Melepa lapisan asas
· Sekiranya permukaan siling asal tidak sekata maka lepaan biasanya dibuat dua lapisan iaitu lapisan asas dan lapisan kemasan
· Untuk lapisan asas biasanya lepa yang digunakan ialah lepa simen
Melepa lapisan kemasan
· Biasanya untuk kerja lepa siling kemasan jenis licin digunakan
· Untuk lapisan kemasan terutama kemasan licin bahan yang boleh digunakan adalah simen cair, kapur, gip sum atau lapisan skim tanpa campuran pasir
·  (bahan + air)
· Semasa melepa siling pastikan bancuhan lepaan amat sesuai kerana sekiranya cair lepaan akan jatuh dan sekiranya terlalu pekat kerja melepa agak sukar dilakukan
· Alatan utama adalah pemaras keluli dan penatang mortar
Membersihkan peralatan dan kawasan kerja
· Membersihkan peralatan dan kawasan kerja




TERIMA KASIH KERANA MEMBACA


Tiada ulasan:

Catat Ulasan