Selasa, 19 Jun 2018

PENGUJIAN UNTUK KELULI

KELULI

Keluli merupakan salah satu bahan binaan yang sangat luas penggunaannya dalam industri pembinaan.
Keluli ialah bahan utama struktur dan digunakan juga sebagai pengikat, pengancing dan penggalas.
Oleh sebab mempunyai kekuatan tegangan yang tinggi, ia digunakan untuk konkrit bertetulang dan konkrit prategasan.
Keluli boleh diperoleh dalam bentuk padu, plat dan berongga seperti dalam gambar foto di bawah.
Kegunaan keluli dalam industri pembinaan begitu meluas. Ia digunakan dalam kerja konkrit bertetulang, kekuda bumbung, rasuk, tiang, cerucuk, tangki air, kabel jambatan, kotak acuan, rel adang dan lain-lain struktur sementara dalam kerja pembinaan.
Keluli juga digunakan sebagai bahan binaan tambahan seperti rangka tingkap, susur tangan, jeriji dan lain-lain.
Keluli boleh dibahagikan kepada dua kumpulan utama, iaitu keluli lembut dan keluli tegangan tinggi.


 JENIS UJIAN UNTUK KELULI

UJIAN KEKUATAN TEGANGAN KELULI

Ujian ini biasanya dilakukan dengan menghantar sampel keluli yang diambil ditapakbina ke makmal ujian bahan.
Ujian kekuatan keluli perlu dilakukan untuk memastikan bahan keluli yang digunakan dalam pembinaan struktur memenuhi spesifikasi yang telah ditetapkan dalam reka bentuk.
Ini bagi memastikan struktur yang dibina kukuh dan selamat.
Sampel sepanjang 1 m dari setiap gred tetulang diambil di tapak bina.
Sampel ini perlu di hantar ke makmal ujian bahan bagi menentukan keterikan, modulus keanjalan dan seterusnya dapat ditentukan kekuatan tegasan keluli tersebut.

Prosedur Ujian

1. Diameter dan panjang tolok bagi bahan kerja yang disediakan didapatkan.
2. Bahan kerja dipasangkan pada mesin ‘Universal Testing Machine’ dan beban ditambahkan sedikit demi sedikit.
3. Nilai beban maksimum dan beban patah, serta pemanjangan yang dikenakan di catatkan.
4. Diameter dan panjang tolok pada kepatahan bahan kerja dicatatkan.
Cara kepatahan bagi bahan kerja masing-masing diperhatikan.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan