Selasa, 19 Jun 2018

PENGUJIAN UNTUK KAYU

KAYU

Kayu merupakan bahan utama dalam pembuatan perabot, binaan struktur kekal dan binaan struktur sementara seperti topang dan acuan untuk struktur konkrit.
Kayu juga digunakan sebagai kemasan.
Kayu merupakan merupakan salah satu bahan utama khusus dalam industri pembuatan perabot dan struktur bangunan.
Kekuatan dan kualiti perabot banyak bergantung kepada jenis kayu yang digunakan.
- Bahan ini dihasilkan dari kayu balak yang dibelah untuk kepada pelbagai saiz mengikut keperluan pasaran.
  

JENIS UJIAN UNTUK KAYU


PENGAWETAN KAYU

Pengawetan kayu merupakan salah satu aktiviti pemprosesan kayu.
Pengawetan kayu perlu dilakukan adalah bertujuan untuk mencegah perosak kayu daripada merosakkan kayu.
Melalui proses pengawetan kayu, kayu yang kurang daya ketahanan semulajadi dapat ditingkatkan tempoh penggunaannya.


Ciri-Ciri Bahan Pengawet:

Amat beracun terhadap kulat/cendawan/serangga perosak.
Boleh kekal dalam kayu/tidak meruap/sejat keluar.
Bahan yang mudah meresap/menembusi ke dalam sel kayu.
Tidak toksik kepada manusia/haiwan.
Mudah digunakan.
Murah dan mudah didapati.
Tidak merosakkan kayu dan mengkakis keluli.
Menghambat kebakaran.


Jenis-Jenis Bahan Pengawet

Merupakan terbitan sebatian kuprum, natrium dan zink yang menggunakan bahan asas air, minyak dan gas.
Terdapat 2 jenis pegawet asas:
i. Pengawet asas air
Larut dalam air, tidak berbau dan mudah dikerjakan. Contoh: kuprum arsenat, zink biflourida.
ii. Pengawet asas minyak
Pelarut minyak meruap seperti diesel/kerosene. Contoh: pentaklorofenol, zink naftenat, kreosot.


Proses Pengawetan Kayu

Proses bahan pengawet dimasukkan ke dalam kayu.
Terdapat dua kategori dalam pengawetan kayu:
(i) dilakukan di kilang
(ii) di tapak
Antara kaedah pengawetan:

1. Penyalutan/sapuan
2. Rendaman sejuk
3. Rendaman panas
4. Rendaman panas-sejuk
5. Rawatan vakum berganda
6. Penyerapan tekanan
7. Proses sel kosong


Penyalutan / Sapuan

Bahan pengawet disapu dengan berus ke permukaan kayu.
Dapat dilakukan di tapak/tempat pembinaan.
Kurang berkesan jika sekali sapu. Perlu dua atau lebih lapisan dan perlu diulang 2 -3 tahun sekali.
Tidak sesuai untuk kayu terdedah pada cuaca.


Rendaman Sejuk

Mencelup atau merendam kayu ke dalam takungan berisi bahan pengawet bagi tempoh tertentu pada suhu biasa.
Kaedah ini adalah sesuai untuk memberi perlindungan sementara kerana hanya dapat menembusi 1 mm atau 2 mm ke dalam permukaan kayu.
Sesuai dilakukan di tapak pembinaan.
Tempoh rendaman - bahan pengawet meresap masuk ke dalam kayu. Tempoh berbeza bagi kayu berlainan.


Rendaman Panas

Sama seperti kaedah rendaman sejuk tetapi bahan pengawet dipanaskan terlebih dahulu kepada suhu 90 ˚C.
Ini membantu menambah resapan bahan ke dalam kayu.


Rendaman Panas-Sejuk

Kayu direndam pada suhu biasa kemudian bahan dan kayu dipanaskan bersama ke suhu 60 ˚C – 90 ˚C. Dibiarkan ½ jam - 4 jam dan dibiarkan sejuk.
Pemanasan awal mengembangkan sel-sel dan mengeluarkan udara dalam sel-sel dan meningkatkan keupayaan kayu meresap bahan pengawet.


Rawatan Vakum Berganda

Digunakan bagi bahan pengawet berkelikatan rendah.
Sangat berkesan melindungi kayu bagi menghalang daripada serangan kulat dan serangga.
Kayu dimasukkan ke dalam tangki tertutup dan udara dipam keluar. Membantu mengeluarkan udara dari dalam sel-sel kayu.
Ketika keadaan vakum, cecair pengawet dimasukkan dan akan meresap ke dalam sel-sel kayu.
Tekanan 1 atmosfera dikenakan untuk tempoh satu jam jikacecair susah meresap.
Setelah bahan pengawet dikeluarkan, vakum kali kedua dilakukan untuk membersih baki bahan pengawet di permukaan kayu.


Penyerapan Tekanan

Dipanggil proses Bethel. Cecair pengawet meresap masuk sehingga ke bahagian dalam kayu.
Kayu dimasukkan ke dalam silinder tertutup, divakumkan bagi mengeluarkan udara dari dalam sel.
Cecair pengawet panas tidak lebih dari 90 ˚C disembur ke dalam silinder pada tekanan 0.7 MN/m² hingga 1.4MN/m² selama 2 jam. Langkah ini membolehkan dinding sel diresapi bahan pengawet.
Separa vakum dikenakan bagi membersihkan bahan pengawet berlebihan tetapi tidak mengeluarkan bahan dari dalam rongga dan dinding sel.


Proses Sel-Kosong

Dipanggil juga proses Rueping atau Proses Bethel yang diubahsuai supaya cecair pengawet hanya masuk kedalam dinding sel sahaja, rongga sel tetap kosong.
Sama seperti proses Bethel tetapi tekanan diberi pada 0.276 MN/m² dan ketika tekanan ditambah cecair pengawet dimasukkan ke dalam silinder supaya cecair meresap masuk ke dalam sel kayu dan udara dalam rongga sel dimampatkan.
Ini membantu cecair meresapterus ke dalam dinding sel.
Kemudian tekanan diturunkan dan ruang silinder dibuatsepara vakum supaya cecair berlebihan dikeluarkan dari dalam rongga sel.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan