Ahad, 17 Jun 2018

TUGAS-TUGAS PERSONNEL

CARTA ORGANISASI DAN TUGAS-TUGAS PERSONNEL.

Carta organisasi ialah satu unit sosial yang terdiri daripada manusia yang bekerjasama bagi mencapai matlamat individu , kumpulan dan organisasi. Satu penyelarasan yang rasional aktiviti-aktiviti manusia untuk mecipta matlamat dan tujuan bersama melalui pembahagian dan fungsi buruh dengan melalui peringkat-peringkat kuasa dan tanggungjawab.



TUGAS-TUGAS PERSONNEL.

Di takap bina terdapat pelbagai jenis personnel binaan yang berlainan. Kesemua personnel benaan itu mempunyai tujuan yang sama iaitu untuk menyiapkan projek mengikut masa yang telah ditetapkan. Tidak kira dari pegawai atasan sehingga pekerja bawahan semuanya mempunyai tujuan yang sama. Oleh itu, folio ini membincangkan tentang tugas-tugas yang perlu dilakukan oleh personnel binaan tersebut.


Pengurus Projek.

Pengurus Projek bertanggungjawab ke atas perancangan pelaksanaan dan penutupan projek permulaan.
Berkomunikasi dengan klien untuk keperluan operasi Projek menghadiri semua mesyuarat dengan klien dan mengambil tindakan untuk memastikan penyelesaian tepat waktu daripada tindakan.
Memberikan perkhidmatan sokongan pentadbiran bagi operasi berjalan lancar bagi projek-projek
Mengambil tindakan yang sewajarnya untuk meningkatkan prestasi keseluruhan pasukan untuk penilaian prestasi
Bertanggungjawab ke atas pelaksanaan projek-projek dalam lingkungan bajet dan mematuhi spesifikasi
Komunikasi dengan pelanggan dan berkeupayaan untuk menghasilkan Laporan kemajuan

Jurutera

Jurutera merupakan suatu pekerjaan profesional dalam bidang kejuruteraan, yang berkenaan dengan aplikasi sains dan teknologi dalam kehidupan seharian untuk mengatasi sesuatu masalah. Jurutera mempunyai pelbagai jenis merangkumi alat, mesin, bangunan, struktur, dan sistem dengan sentiasa mengambil kira keselamatan dan kos. Di dalam pembinaan terdapat tiga jenis jurutera yang terlibat iaitu:
Jurutera awam
Jurutera mekanikal
Jurutera elektrik



Jurutera Awam

Jurutera awam merancang, mengurus, mereka bentuk, menyelia pembinaan dan penyelenggaraan pelbagai perkhidmatan umum, komersil, binaan serta kemudahan perusahaan. Berkemahiran menyelesaikan masalah seperti pengetahuan tentang kerja-kerja pembinaan. Melibatkan lawatan ke tapak binaan menjalankan tinjauan, memperolehi contoh batu-batan dan tanah untuk dianalisa bagi memastikan sesuatu projek selamat serta mengambil kira penganggaran kos dan menolong menentukan supaya projek tersebut selesai dalam jangka masa yang ditetapkan. Pekerjaan yang dikelas di bidang ini di antaranya Jurutera awam, jurutera awam pembinaan bangunan, jurutera awam lebuh raya dan jalan raya,  jurutera awam geoteknik, jurutera awam pembinaan jambatan, jurutera awam pengairan, jurutera awam hidraulik,  jurutera awam kumbahan.


Jurutera Mekanikal

Jurutera mekanikal menjalankan tugas penyelidikan, memberi nasihat dan mereka bentuk mesin-mesin pengeluaran, jentera, loji, peralatan perindustrian. Membangunkan sistem perindustrian serta memberi nasihat serta mempastikan sistem tersebut berfungsi. Membuat kerja-kerja penyelenggaraan dan pembaikan jika perlu. Mengkaji dan memberi nasihat berhubung dengan aspek teknologi bahan, produk, proses serta prosedur penyelenggaraaan yang tertentu.


Jurutera Elektrik

Jurutera elektrik menjalankan penyelidikan dan memberi nasihat, mereka bentuk, membangunkan dan menyelia pembuatan, pemasangan, operasi dan penyelenggaraan, baik pulih peralatan, mesin dan sistem untuk penjanaan, pengagihan, penggunaan dan pengawalan kuasa elektrik. Mereka juga terlibat dalam perkembangan dan pembuatan berbagai jenis alat elektrik. Menguji dan menyelesaikan masalah operasi dan menganggar masa dan perbelanjaan sesuatu projek kejuruteraan yang akan dilaksanakan.


Penyelia Tapak

Merekod, mencatat aktiviti projek setiap hari dalam site diary
Mengatur kerja tukang atau pekerja binaan
Mengawal selia kerja di tapak
Mengawal dan menyemak mutu kerja
Mengawasi kerja dari segi kaedah binaan, cara pemasangan, kemasan
Penerimaan barang di tapak dan mengatur penyimpanan serta rekod, ia juga akan bekerjasama dengan kerani tapak
Melapor progress kerja kepada pengurus. Ia akan merekod peratus %, kuantiti kerja, membuat ukuran sub con dan memberi maklumat kepada pengurus projek.

Sub Kontraktor

Dipilih sendiri oleh kontraktor. Mereka ini tiada ikatan kontraktor secara rasmi. Mereka membantu mempercepatkan hasil kerja dan membuat kerja-kerja sampingan. Seseorang kontraktor memerlukan sub kontraktor domestik tertentu supaya bilangan pekarja tetap dapat dikurangkan di samping menjimatkan kos bagi kerja tersebut.

Antara kerja-kerja yang biasa dilakukan ialah :

Memasang jubin lantai dan dinding
Melepa dinding dan siling
Kerja-kerja luar ( membuat jalan raya, pagar dan perpaipan )
  

Pekerja Mahir

Pekerja mahir merupakan pekerja yang mahir dan cekap dalam melakukan kerja-kerja pembinaan serta terdedah kepada penggunaan peralatan yang baru dan juga terdedah dengan kemahiran-kemahiran baru yang penting bagi mereka untuk melaksanakan kerja yang diamanahkan. Ini juga membawa maksud bahawa mereka merupakan pekerja binaan yang terlibat dalam kerja-kerja yang memerlukan kepakaran.

Taraf kemahiran bagi pekerja ini selalunya dikategorikan berdasarkan kepada lamanya mereka bekerja di dalam industri binaan. Jangkamasa lama bekerja yang diperlukan oleh seseorang itu untuk mendapatkan status ini agak lama iaitu antara lima hingga sepuluh tahun.

Lazimnya pekerja mahir terdiri daripada pelajar-pelajar lepasan teknik atau sekolah vokasional yang mahir dalam melakukan kerja-kerja kimpalan, pengendalian mesin-mesin serta loji dan sebagainya.


Pekerja Am

Pekerja am pula merupakan pekerja yang mempunyai kemahiran didalam satu atau lebih cabang pembinaan tetapi tidak mencapai tahap kemahiran yangdipunyai oleh pekerja mahir.

Oleh demikian, pekerja am ini lazimnya merupakan pembantu kepada pekerja mahir walaupun ada ketikanya mereka dapat menghasilkan kerja-kerja yang setaraf dengan pekerja mahir.


PENUTUP

Di dalam folio ini membincangkan tentang proses-proses pemilihan tender dari proses membuka peti tawaran sehingga kontraktor menghantar surat setuju terima kepada klien.

Seterusnya, folio ini membincangkan tentang jadual kadar harga. Jadual kadar harga ialah senarai harga bagi setiap kerja yang dilakukan oleh kontraktor.

Tujuan jadual kadar harga adalah untuk membantu dan memudahkan kontraktor membuat pengiraan anggaran kos kerja untuk sesebuah projek pembinaan. Di dalam jadual kadar harga terdapat senarai aktiviti kerja yang perlu dibuat dan kadar harga untuk setiap kerja tersebut.

Akhir sekali, folio ini membincangkan tentang carta organisasi di tapak pembinaan dan tugas-tugas yang dilakukan oleh setiap personnel pembinaan yang terdapat di dalam carta organisasi tapak bina tersebut. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan