Rabu, 27 Jun 2018

JENIS-JENIS BUMBUNG


JENIS-JENIS BUMBUNG

JENIS-JENIS KERANGKA BUMBUNG

JENIS-JENIS PENUTUP BUMBUNG




Selasa, 19 Jun 2018

PENGUJIAN UNTUK BATA

BATA


Bata merupakan satu bahan binaan yang tahan lama dan kegunannya meluas. Ia telah wujud beratus tahun lamanya dan penting untuk membina stuktur bangunan dalam bidang kejuruteraan awam.
Bata secara umumnya merujuk kepada bahan binaan yang digunakan untuk membuat dinding, lantai pavement dan unsur-unsur lain dalam pembinaan kerja-kerja batu.
Definisi bata ialah satu bongkah yang dibuat daripada tanah liat dan berukuran 215mm x 102.5 mm x 65 mm yang mana jika dicampurkan dengan lapisan mortar ukurannya bertambah 10 mm.
Secara tradisional, istilah bata merujuk kepada unit yang terdiri daripada tanah liat, tetapi kini digunakan untuk merujuk mana-mana bongkah unit segi empat tepat yang boleh disusun dengan mortar atau tanpa mortar.


JENIS UJIANUNTUK BATA

Tujuan dijalankan ujian ke atas bata adalah bagi menyediakan maklumat berkenaan dengan ciri-ciri bata dari sudut kekuatan, ketahanan, dan kekerasan/ketumpatan. Ini seterusnya dapat membantu dalam proses pemilihan bata bagi tujuan penggunaan yang spesifik.
Jenis-jenis pengujian bata:

Ujian Penyerapan (Absorption Test)
Ujian Kekuatan pemecahan (Crushing Strength test)
Ujian Kekuatan Mampatan (Compressive Strength Test)
Ujian Kekerasan (Hardness Test)
Ujian Bentuk dan Saiz (Shape and Size Test)
Ujian Warna Bata (Color Test)
Ujian Bunyi Bata (Soundness Test)
Pemeriksaan Struktur (Structure)
Ujian Efflorescence (Efflorescence Test)

Jenis ujian yang biasa dijalankan ke atas bata:



Ujian Penyerapan Air (Water Absorptions)

Menguji keliangan bata dengan mengukur kadar resapan air ke dalam bongkah bata.



Ujian Kekuatan Mampatan (Compressive Strengths)

Sebanyak 3 biji bata diuji dalam mesin ujian mampatan.
Bata berkenaan dikenakan beban sehingga bata-bata berkenaan musnah.
Beban pada tahap bata gagal dicatatkan untuk pengiraan.



Ujian Penyerapan Air (Water Absorptions)


Objektif
Untuk penentuan peratusan penyerapan air bagi bata


Rujukan Standard
IS: 3495 (Part-2)-1992, RA 2011


Peralatan & Radas
Ketuhar
Basin logam
Penimbang digital (0-10kg)


Prosedur

Bahan uji dikeringkan di dalam ketuhar yang mempunyai pengudaraan pada suhu dari 105C ke 1150C sehingga ia mencapai jisim malar dengan ketara. Spesimen yang disejukkan kepada suhu bilik dan beratnya direkodkan (M1). 
Spesimen kering tenggelam sepenuhnya dalam air yang bersih pada suhu bilik 27±20C selama 24 jam.
Bahan uji kemudian dikeluarkan dan apa-apa kesan air akan dihapuskan dengan kain yang lembap untuk ditimbang. Bahan uji dibiarkan 3 minit kemudian ditimbang dan direkodkan untuk mendapatkan berat (M2).


Pengiraan

Mencari jumlah peratus serapan air dalam jisim bata berbanding jisim bata tanpa kandungan air, selepas tempoh 24 jam bahan uji dikeringkan.
Rendam dalam air sejuk yang diberikan oleh rumus berikut.
[(M2-M1) / M1] X 100 = Peratus jisim air berbanding jisim bata
Bata yang baik tidak menyerap kandungan air tidak melebihi 20% dari berat jisimnya sendiri.


Laporan
Nilai ujian penyerapan air bagi bata diukur dalam unit peratus kepada satu nilai yang terhampir


Langkah langkah keselamatan sebelum, semasa dan selepas pengujian

Penggunaan tangan sarung semasa mengalih keluar bahan ujian dari oven selepas mematikan ketuhar.
Bersihkan bekas sebelum ujian.
Mengawal pengudaraan sewaktu menggunakan penimbang.
Memakai kasut keselamatan dan apron semasa ujian.


Ujian Kekuatan Mampatan (Compressive Strengths)


Tujuan
Bertujuan untuk menentukan kekuatan mampatan bata.


Peralatan
Mesin pengujian mampatan (Compression testing machine).
Mempunyai 2 plat mampatan dengan kedudukan bebola keluli pada bahagian tengahnya


Langkah Kerja


Spesimen
Tiga biji batu bata sebagai sampel diambil. Dimensi harus diukur ke 1mm yang terdekat.


Menyediakan sampel ujian

Buang lebihan pada sampel ujian supaya rata pada dua permukaannya. Pencanai boleh digunakan untuk mendapatkan permukaan rata.Uji pada permukaan rata.
Masukkan ke dalam air pada suhu bilik dan rendam untuk selama 24 jam.
Keluarkan sampel ujian dan keringkan lembapan pada bata didalam suhu bilik.
Mortar simen (1:1) digunakan untuk mengisi frog/lekuk dan lubang pada bata supaya rata dengan permukaan bata (kedua belah permukaan). 
Simpan sampel tersebut dibawah guni jut (jute bag) yang lembap untuk 3 hari. 
Keluarkan sampel untuk ujian dan lapkan lebihan kesan lembapan pada sampel tersebut.


Prosedur Pengujian
1. Letakkan sampel pada tengah plat pengujian dengan permukaan rata sampel tersebut.

2. Pastikan bahagian lekuk/frog berada sebelah atas semasa ujian.
3. Kenakan mampatan pada kadar sekata dengan nilai 14 N/mm² (140kg/cm²)tiap per minit.

4. Lakukan sehingga berlaku kegagalan sampel dan catatkan nilai tekanan maksimum tersebut.
5. Tekanan beban kepada kegagalan sampel tersebut adalah merupakan mampatan maksimum di mana spesimen itu gagal untuk menghasilkan sebarang kenaikan seterusnya di penunjuk bacaan mesin ujian.

  
Spesifikasi perbandingan Standard

Spesifikasi Bata Bata Tanah Liat
Ukuran: Saiz piawai batu bata tanah liat adalah seperti berikut:


Panjang (mm)
Lebar (mm)
Dalam (mm)
190
90
90
190
90
40

Klasifikasi: Tanah liat bakar biasa hendaklah dikelaskan berdasarkan kekuatan mampatan purata seperti yang dinyatakan dalam Jadual dibawah. 

Pengkelasan
(Class Designation)
Purata mampatan
Tidak kurang dari (N/mm²)
Lebih dari (N/mm²)
350
35
40
300
30
35
250
25
30
200
20
25
175
17.5
20
150
15
17.5
125
12.5
15
100
10
12.5
75
7.5
10
50
5
7.5
35
3.5
5



Langkah langkah keselamatan sebelum, semasa dan selepas pengujian

1. Penggunaan tangan sarung dan alatan perlindungan keselamatan yang sesuai semasa menggunakan mesin canai.
2. Bersihkan bekas sebelum ujian.
3. Menggunakan mesin mampatan mengikut kaedah yang betul.
Memakai kasut keselamatan, pelindung mata dan apron semasa ujian

PENGUJIAN UNTUK KAYU

KAYU

Kayu merupakan bahan utama dalam pembuatan perabot, binaan struktur kekal dan binaan struktur sementara seperti topang dan acuan untuk struktur konkrit.
Kayu juga digunakan sebagai kemasan.
Kayu merupakan merupakan salah satu bahan utama khusus dalam industri pembuatan perabot dan struktur bangunan.
Kekuatan dan kualiti perabot banyak bergantung kepada jenis kayu yang digunakan.
- Bahan ini dihasilkan dari kayu balak yang dibelah untuk kepada pelbagai saiz mengikut keperluan pasaran.
  

JENIS UJIAN UNTUK KAYU


PENGAWETAN KAYU

Pengawetan kayu merupakan salah satu aktiviti pemprosesan kayu.
Pengawetan kayu perlu dilakukan adalah bertujuan untuk mencegah perosak kayu daripada merosakkan kayu.
Melalui proses pengawetan kayu, kayu yang kurang daya ketahanan semulajadi dapat ditingkatkan tempoh penggunaannya.


Ciri-Ciri Bahan Pengawet:

Amat beracun terhadap kulat/cendawan/serangga perosak.
Boleh kekal dalam kayu/tidak meruap/sejat keluar.
Bahan yang mudah meresap/menembusi ke dalam sel kayu.
Tidak toksik kepada manusia/haiwan.
Mudah digunakan.
Murah dan mudah didapati.
Tidak merosakkan kayu dan mengkakis keluli.
Menghambat kebakaran.


Jenis-Jenis Bahan Pengawet

Merupakan terbitan sebatian kuprum, natrium dan zink yang menggunakan bahan asas air, minyak dan gas.
Terdapat 2 jenis pegawet asas:
i. Pengawet asas air
Larut dalam air, tidak berbau dan mudah dikerjakan. Contoh: kuprum arsenat, zink biflourida.
ii. Pengawet asas minyak
Pelarut minyak meruap seperti diesel/kerosene. Contoh: pentaklorofenol, zink naftenat, kreosot.


Proses Pengawetan Kayu

Proses bahan pengawet dimasukkan ke dalam kayu.
Terdapat dua kategori dalam pengawetan kayu:
(i) dilakukan di kilang
(ii) di tapak
Antara kaedah pengawetan:

1. Penyalutan/sapuan
2. Rendaman sejuk
3. Rendaman panas
4. Rendaman panas-sejuk
5. Rawatan vakum berganda
6. Penyerapan tekanan
7. Proses sel kosong


Penyalutan / Sapuan

Bahan pengawet disapu dengan berus ke permukaan kayu.
Dapat dilakukan di tapak/tempat pembinaan.
Kurang berkesan jika sekali sapu. Perlu dua atau lebih lapisan dan perlu diulang 2 -3 tahun sekali.
Tidak sesuai untuk kayu terdedah pada cuaca.


Rendaman Sejuk

Mencelup atau merendam kayu ke dalam takungan berisi bahan pengawet bagi tempoh tertentu pada suhu biasa.
Kaedah ini adalah sesuai untuk memberi perlindungan sementara kerana hanya dapat menembusi 1 mm atau 2 mm ke dalam permukaan kayu.
Sesuai dilakukan di tapak pembinaan.
Tempoh rendaman - bahan pengawet meresap masuk ke dalam kayu. Tempoh berbeza bagi kayu berlainan.


Rendaman Panas

Sama seperti kaedah rendaman sejuk tetapi bahan pengawet dipanaskan terlebih dahulu kepada suhu 90 ˚C.
Ini membantu menambah resapan bahan ke dalam kayu.


Rendaman Panas-Sejuk

Kayu direndam pada suhu biasa kemudian bahan dan kayu dipanaskan bersama ke suhu 60 ˚C – 90 ˚C. Dibiarkan ½ jam - 4 jam dan dibiarkan sejuk.
Pemanasan awal mengembangkan sel-sel dan mengeluarkan udara dalam sel-sel dan meningkatkan keupayaan kayu meresap bahan pengawet.


Rawatan Vakum Berganda

Digunakan bagi bahan pengawet berkelikatan rendah.
Sangat berkesan melindungi kayu bagi menghalang daripada serangan kulat dan serangga.
Kayu dimasukkan ke dalam tangki tertutup dan udara dipam keluar. Membantu mengeluarkan udara dari dalam sel-sel kayu.
Ketika keadaan vakum, cecair pengawet dimasukkan dan akan meresap ke dalam sel-sel kayu.
Tekanan 1 atmosfera dikenakan untuk tempoh satu jam jikacecair susah meresap.
Setelah bahan pengawet dikeluarkan, vakum kali kedua dilakukan untuk membersih baki bahan pengawet di permukaan kayu.


Penyerapan Tekanan

Dipanggil proses Bethel. Cecair pengawet meresap masuk sehingga ke bahagian dalam kayu.
Kayu dimasukkan ke dalam silinder tertutup, divakumkan bagi mengeluarkan udara dari dalam sel.
Cecair pengawet panas tidak lebih dari 90 ˚C disembur ke dalam silinder pada tekanan 0.7 MN/m² hingga 1.4MN/m² selama 2 jam. Langkah ini membolehkan dinding sel diresapi bahan pengawet.
Separa vakum dikenakan bagi membersihkan bahan pengawet berlebihan tetapi tidak mengeluarkan bahan dari dalam rongga dan dinding sel.


Proses Sel-Kosong

Dipanggil juga proses Rueping atau Proses Bethel yang diubahsuai supaya cecair pengawet hanya masuk kedalam dinding sel sahaja, rongga sel tetap kosong.
Sama seperti proses Bethel tetapi tekanan diberi pada 0.276 MN/m² dan ketika tekanan ditambah cecair pengawet dimasukkan ke dalam silinder supaya cecair meresap masuk ke dalam sel kayu dan udara dalam rongga sel dimampatkan.
Ini membantu cecair meresapterus ke dalam dinding sel.
Kemudian tekanan diturunkan dan ruang silinder dibuatsepara vakum supaya cecair berlebihan dikeluarkan dari dalam rongga sel.